19 June, 2009

Teknologi Sosial Dalam Pendidikan



Beberapa tahun kebelakangan ini, transformasi yang sangat besar telah berlaku bagaimana penggunaan internet telah berubah cara dan kaedah penggunaan internet. The world Wide web (WWW) yang dahulunya adalah media ‘read only’, kini telah bertukar menjadi media ‘read/write’.
Pengguna Internet kini sudah boleh menjadi pencipta, pemberi ataupun menyalurkan maklumat secara teks, audio mahupun video. Ia juga boleh membentuk rangkaian dan komuniti sendiri, membuat refleksi mengenai artikel yang terbitkan berdasarkan keistimewaan Web2.0 sekarang ini. Selain dari itu, orang ramai boleh berkongsi lagu di dalam rangkaian yang mereka bentuk sendiri. Teknologi Sosial seperti komuniti atas talian (Communiti Online), Pengantara Komunikasi Video (video mediated comunication) dan Perkhidmatan Media Sosial (Social Media Services) seperti Facebook dan Youtube sebenarnya telah meletakkan kuasa kepada pengguna. Kemudahan kepada orang ramai berkongsi kepakaran dan saling mempelajari diantara satu sama lain (Attwell 2006, Downes 2005, Siemens 2006).
Secara tidak formal, fungsi di dalam komuniti online, hubungan diantara ahli-ahli komuniti kerap dan saling memberi dan menerima dan ianya berlaku dengan lebih demokratik. Kebanyakan aktiviti ini dapat menarik minat individu untuk terus melibatkan diri (DeSouza & Preece 2004, Salavuo 2006). Perubahan ini jugalah memberikan tindakbalas bagaimana cara pengguna mendengar, berlatih dan mempelajari muzik dan bagaimana pemuzik dapat berkolaborasi (Draper 2007).
Secara keseluruhannya sektor pendidikan adalah sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan kemunculan teknologi masa kini yang banyak memperkenalkan pelbagai cara dalam komunikasi. Walaupun institusi pendidikan telah banyak menggunakan Sistem LMS (Learning Management System) sebagai penambahbaikan tetapi penggunaannya masih berdasarkan kepada paradigma lama yang mana guru masih lagi berkuasa penuh (Bereiter 2002). Perkhidmatan web dan utiliti terkini dan cara penggunaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai akan memberikan hasil yang berkualiti. Oleh itu, sebagai pendidik, perlu diambil peluang ini untuk digunakan dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran secara online khususnya di dalam Pendidikan Muzik. Social technologies boleh membantu memperkembangkan aktiviti yang tidak boleh dicapai oleh kaedah tradisional yang berorientasikan peperiksaan. Insittusi pendidikan boleh mendapat manfaat kesan dari intergrasi ini

Read More...

13 June, 2009

Penggunaan Laman Scribd Hosting Dalam Weblog

Penggunaan Weblog dalam P&P memang tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Penulis telahpun menyenarai kelebihan di dalam entri sebelum ini. Sebagai seorang pendidik khususnya di Institusi Pengajian Tinggi, teknologi ini seharusnya dipraktikkan. Penggunaan software seperti Powerpoint, word dan excell merupakan software yang kerap digunakan dalam soal pengurusan pendidikan tidak kira samada pentadbiran ataupun pengajaran dan pembelajaran. Menyusun atur, perkongsian ilmu, kolaborasi dalam persembahan dokumen bukan hanya terhad di bilik kuliah malahan ia boleh berlaku di mana sahaja.  Anda boleh muat naik(Upload) dokumen seperti powerpoint, word, excell ataupun pdf dan pelajar boleh muat turun(download) sebarang nota yang telah di muat naik tadi. Weblog  boleh dijadikan platform dalam melaksanakan proses ini. Di sini merupakan contoh yang boleh pendidik-pendidik gunakan dalam berkongsi maklumat dan data iaitu dengan menggunakan Hosting Scribd . Untuk maklumat lanjut mengenai hosting untuk Web 2.0 klik di sini
Model E Learning

Is there a successful ID model? A practitioner's perspective on working with models in designing eLearning environments National Seminar on e-Learning and e-Learning Technologies (ELELTECH INDIA-2005) Madhuri Dubey, Ph.D

Read More...

08 June, 2009

Penggunaan Google Earth Dalam P&P

Penggunaan Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran memang telah lama dipraktikkan oleh mana-mana institusi pendidikan di negara luar. Bagi pendidikan di Malaysia, penggunaannya adalah terhad kepada individu-individu yang hanya berminat dalam teknologi ICT. Pada pandangan penulis penggunaan google earth perlu digunakan dengan lebih meluas dan bersesuaian dengan subjek. Sebagai contoh, penggunaan google earth di dalam subjek Geografi.. Ianya dapat ditunjukkan melalui simulasi yang sangat berkesan seperti bentuk muka bumi, . Begitu juga dengan subjek  Sejarah di mana pendidik dapat terus menuju ke lokasi yang berkaitan. Apapun, penggunaan Google Earth memerlukan kreativiti seseorang pendidik. Anda boleh mencubanya.


Read More...