24 January, 2009

The Secret dan Kebolehan Menyaring Sumber


Salam... Entry kali ini... penulis ingin mempromosi artikel yang bertajuk "The Secret dan Kebolehan Menyaring Sumber" oleh saudara Zakaria Sungib. Kredit juga perlu diberi kepada saudara Azlanlin kerana jika tidak kerana blog sahabat saya ni... mungkin saya tidak ketemu blog saudara Zakaria Sungib Di sini saya lamprikan artikel tersebut (dengan izin)

"Saya belum sempat memiliki dan membaca buku Law of Attraction tulisan Michael J.Losier dan terbaru, Money and the Law of Attraction: Learning to Attract Health, Wealth & Happiness oleh Esther and Jerry Hicks. Blurp pada kulit buku Michael J.Losier mendefinisikan Law of Attraciton sebagai The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don't.


Bagaimanapun, minggu lalu seorang rakan meminjamkan DVD The Secret yang memberi penjelasan tentang ‘sains’ tersebut. Video 89 minit yang diterbitkan pada 2006 ini dikatakan menjadi rujukan di seluruh dunia bagi mereka yang mahu mengubah nasib ke arah masa depan yang lebih meyakinkan. Penerbitan video ini disusuli dengan terbitnya buku di bawah judul yang sama pada 2007. Rhonda Byrne iaitu Penerbit Eksekutif video The Secret itu sendiri yang menulisnya. Kedua-dua DVD dan buku beliau mengandungi isi yang sama. Masing-masng terjual jutaan naskhah dalam masa singkat.


Video dan buku The Secret memuatkan pandangan beberapa ahli falsafah, ahli perniagaan, paderi dan penulis seperti Bob Proctor (You Were Born Rich), Jack Canfield (Chicken Soup For The Souls), Dr. John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus), Mike Dooley (Notes From The Universe) dan Rev. Dr. Michael Bernard Beckwith (Spiritual Liberation). Mereka dan orang-orang biasa lain yang dipaparkan di dalam video itu dianggap sebagai bukti bergerak (living proof) kepada apa yang diwarwarkan sebagai kejayaan mengubah kehidupan dengan mengaplikasi ‘sains’ tersebut. Ada yang berjaya sembuh daripada penyakit kronik, ada yang menjadi kaya-raya, ada yang berjaya mengatasi halangan dalam hidup dan mencapai apa yang dianggap mustahil sebelumnya.


Secara mudah, rahsia itu terletak pada cara berfikir seseorang dan yakinnya dia kepada apa yang difikirkannya itu. Mengikut Law of Attraction (istilah yang mula dipopularkan oleh surat khabar New York Times pada 1879), seluruh energi di alam semesta akan menyokong kepada berlakunya apa yang difikirkan dan diyakini oleh seseorang. Apabila dia berfikir yang positif, itulah yang akan berlaku. Apabila sebaliknya maka sebaliknya yang akan berlaku.


Dalam bukunya Spiritual Liberation, Dr. Michael Bernard Beckwith mengungkapkan, "If you can begin with a feeling that you're all right already, you begin from wholeness and move from glory to greater glory. That's spiritual liberation."


Dalam video dan buku The Secret dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kaser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan kansernya pulih – tanpa menjalani radioterapi dan kimoterapi.


Dalam video dan buku itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (meyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan meyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.


Saya sangat terkesan dengan video tersebut. Baru-baru ini anak kedua saya Raihanah memperolehi keputusan semester pertama di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Untuk kertas Kimia, dia mendapat gred A sedangkan sebelum ini dia kurang berminat dengan Kimia dan hanya mendapat D6 dalam SPM. Dia menceritakan kepada saya dan ibunya bagaimana dia mengatasi kelemahannya dalam Kimia.


Katanya, dia menulis “Saya suka Kimia” di dalam buku kerja Kimia dan di beberapa tempat lain. Dia membayangkan dirinya kini suka kepada subjek itu. Kebetulan guru Kimianya di pusat matrikulasi terbaca ayat itu pada bukunya dan berkata, “Wah, bagusnya awak. Bangganya saya.” Sejak itu Kimia tidak lagi menjadi masalah kepadanya.


Jika mengikut teori Law of Attraction, seluruh energi di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan anak saya bahawa dia menyukai Kimia. Lalu, apa yang difikirkannya itu betul-betul berlaku. Dia akhirnya suka kepada Kimia. Minat dan tumpuan pada sesuatu menjadikan ia mudah dikuasai. Gred Kimia yang diperolehinya membantu menyumbang kepada CGPA 4.0 dalam peperiksaan semester pertamanya.


Saya sangat terkesan dengan dapatan dari video The Secret kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasulullah SAW tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya. ‘Rahsia’ itu diberitahu oleh baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada-Ku.” (Riwayat Muslim)


Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.


Orang-orang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ atau Law of Attraction, kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan meyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.


Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu redha Allah dan menganggap redha Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan meyakini di situ adanya redha Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan meyakini bahawa Allah meredhainya. Redha Allah yang mereka mahukan dan yakini maka redha Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah redha kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi redha dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.


Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negatif di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah dari musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.


Di sini juga rahsia kemakbulan doa iaitu apabila doa dipohon berserta keyakinan bahawa Allah akan memakbulkannya. Bandingkan dengan doa yang dipohon dalam keadaan lalai atau tidak yakin Allah akan memakbulkannya. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." (Al-Mukmin: 60)


Dalam The Secret juga disebut tentang konsep syukur dengan kata-kata, “If you are grateful, you will get more.” Bukankah ini ‘rahsia’ umat Islam? Bukankah Allah berfirman yang maksudnya: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Ibrahim: 7)


Bagi penulis berjiwa Islam, kebolehan menyaring dapatan (input) dari sumber bahan tulisan sangatlah penting. Hati-hati agar kita tidak sekadar menyambung lidah orang-orang yang kufur kepada Allah. Law of Attraction tidak lain hanyalah menimbulkan sangkaan-sangkaan baik dan mengajak kita belajar bersyukur, cuma dalam ‘sains’ itu, ia tidak dikaitkan dengan Allah.
Apa yang disebut sebagai ‘energi’ dari alam semesta itu tidak dikaitkan secara langsung dengan sumber energi tersebut iaitu Allah. Apa yang disebut sebagai “mendapat lebih apabila bersyukur” itu juga tidak dikaitkan sangat dengan Pemberinya, Allah.


Tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, seseorang itu mungkin secara tidak sedar menganggap yang seolah-olah ‘energi’ itulah Tuhan. Paling tidak, dia tidak akan ‘nampak’ Allah dalam setiap perkara yang dia dapat dengan mengaplikasi Law of Attraction atau ‘The Secret’. Dia hanya nampak adanya ‘energi’ yang membolehkan dia mencapai apa yang dimahukannya melalui kekuatan memfokus dan meyakini. Lalu, di mana Allah?


Di sini perlunya penulis yang berjiwa Islam memberi halatuju yang lebih jelas kepada apa yang diwarwarkan sebagai ‘The Secret’ atau Law of Attraction. Mungkin dari situ kita akan menemui semula senjata yang tercicir. Law of Attraction wajar dianggap sebagai ‘adaptasi’ dari sistem nilai yang sedia ada di dalam Islam iaitu bersangka baik dan yakin bulat kepada Tuhan. Law of Attraction adalah sunnatullah atau hukum alam yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, Islam atau bukan Islam, seperti firman Allah:
“Dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sunnatullah itu berubah.” (Al-Ahzab: 62)


Law of Attraction perlu ‘diadaptasi’ semula kepada versi Islamnya untuk menguatkan tauhid umat. Penemuan Law of Attraction itu seharusnya menyedarkan kita dan menjadikan kita bertambah yakin kepada kebenaran Islam."

FIKIR-FIKIRKAN.....

20 MINIT PERTAMA
Read More...

SHORT CIRCUIT (KEBAKARAN DI RUMAH PENULIS)


SHORT CIRCUIT
Entry kali ini bukanlah berkaitan dengan penggunaan blog tetapi sekadar berkongsi cerita mengenai pengalaman penulis menghadapi situasi kebakaran kecil yang berlaku akibat litar pintas di rumah penulis. Ini merupakan pengalaman pertama penulis menghadapi situasi sedemikian dan harapan penulis agar pembaca dapat menjadikan ianya satu iktibar terhadap apa yang berlaku.
Peristiwa kebakaran kecil ini berlaku pada 14/01/2009 lebih kurang jam 11.00 malam. Pada sekitar jam 7.00 malam, penulis dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan bekalan elektrik kerana keadaan lampu yang seakan-akan kekurangan tenaga berdasarkan kepada kecerahan lampu yang tidak stabil. Keadaan menjadi normal semula, jadi pada pendapat penulis mungkin gangguan bekalan di sekitar kawasan perumahan sahaja. Pada jam 9.30pm, penulis membawa 3 orang anak penulis keluar untuk minum di kedai.. Jadi yang tinggal di rumah hanya isteri bersama 3 orang lagi anak. Selesai makan kami balik ke rumah dan sampai lebih kurang jam 10.15pm dan isteri penulis memberitahu perkara yang sama berlaku terhadap bekalan elektrik.
Seperti biasa penulis akan mulakan aktiviti membaca, menulis, dan melayari internet pada jam 10.45pm....sekali lagi gangguan elektrik mula berlaku... dan kembali stabil semula selepas itu.... seminit kemudian, kedengaran alarm dari rumah jiran(jaraknya selang 5 rumah). Jadi penulis menjengah dari bilik atas menghadap keluar.. Nampaknya macam tak ada apa yang berlaku..... Ketika itu anak-anak semuanya sudah tidur.. Isteri penulis sedang menyiapkan kerja sekolah di tingkat bawah. Jadi penulis masuk semula untuk meneruskan kerja yang tertangguh tadi. apabila penulis duduk sahaja di kerusi... satu letupan kuat berlaku di luar rumah.. diikuti dengan letupan seperti bunyi mercun. Isteri penulis yang berada di tingkat bawah menjerit dan memanggil penulis untuk mengejutkan anak-anak

Rupa-rupanya, jiran-jiran penulis sedar akan keadaan itu dan memanggil kami sewaktu kejadian awal percikan api. Tapi kami tidak sedar kerana pintu sliding dan grill telah berkunci.Tindakan pertama penulis ialah mengejutkan anak kami yang tua iaitu Abang Amir untuk membantu mengejutkan adik-adiknya yang lain. Ketika itu keadaan dalam rumah gelap.. hanya berbekalkan lampu dari Handphone sahaja. Di bahagian luar dekat dengan meter... api sudah mula kuat dan letupan seperti mercun terus berlaku. Di tingkat atas penulis terus menutup main suis dan seterusnya membawa anak-anak turun ke tingkat bawah. Kami bergerak ke pintu belakang untuk keluar. dalam keadaan yang kelam kabut.. kunci pintu belakang pulak entah ke mana diletaknya.. kebetulan pula isteri penulis terlanggar gelas... Jadi satu masalah pulak timbul untuk bergerak. Penulis mengambil keputusan untuk keluar di pintu depan.. walaupun pada ketika itu api di bahagian luar masih ada diikuti dengan letupan (short circuit)...
Apabila pintu sliding dan grill dapat di buka, kami terus keluar di bawah percikan api sambil jiran-jiran membantu...Terima Kasih kepada jiran-jiran (membantu menelefon pihak TNB dan bomba) Apabila terpandangkan paip getah mencuci kereta... penulis terus menarik paip sambil dibantu oleh anak penulis iaitu Abang Amir....terus memancutkan air ke arah api tersebut. Mujurlah tiada leaking minyak pada kereta dan motor penulis.. kerana tempat percikan api betul betul di kawasan kereta dan motor..Alhamdulillah.. dengan izin Allah api dapat dikawal...Rupa-rupanya seorang dari anak penulis masih tidur di tingkat atas. Penulis sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kami sekeluarga semuanya selamat.
Penulis terus ke balai polis T.Malim untuk membuat report(atas nasihat kawan penulis (anggota polis) dan ditemani oleh Dr.Suhaimi (jiran penulis). Selepas itu kami ke TNB untuk membuat laporan terhadap kebakaran yang berlaku. Menurut pegawai TNB yang bertugas, tindakan penulis menyiram air adalah sangat merbahaya dan boleh membuatkan aliran tenaga elektrik ke arah penulis. Jawapan penulis... Dalam keadaan kelam kabut... itu sahaja yang termampu untuk penulis berfikir dan terus mengambil tindakan.. Jika tidak kebakaran yang lebih besar akan berlaku dan mungkin boleh mengakibatkan rumah-rumah bersebelahan.
Lebih kurang jam 01.15am, pihak TNB sampai dan terus memperbaiki kerosakan tersebut. Kata pegawai tersebut.. wire pintal longgar dan mengakibatkan sentuhan sesama wayar dan berlaku percikan api dan seterusnya berlaku letupan. Menurut pegawai itu lagi.. Seandainya lewat sedar akan kebakaran (short circit) boleh mengakibatkan sebaris rumah teres itu musnah ia melibatkan tenaga elektrik. Lebih kurang jam 3.00am kerja-kerja penyambungan semula selesai. Segala kos ditanggung oleh TNB kerana ianya berlaku diluar kotak meter. Terima kasih kepada pekerja-pekerja TNB kerana dapat menyelesaikan tugas dengan baik disamping memberi beberapa tips mengenai pencegahan dan menangani kebakaran.
Apabila terbaca peristiwa kebakaran di dada-dada akhbar... penulis dapat bayangkan bagaimana situasi mereka yang tidak sedar di awal kejadian kebakaran.. Apabila api telah marak....Ya Allah... Allah sahaja yang tau... Seminggu dua ini... ada berita-berita mengenai kebakaran disebabkan litar pintas.. seperti di Johor tempohari... Penulis ingin mengingatkan pembaca dan diri penulis sendiri..... Perkara-perkara yang perlu diambil berat... Tabung Pemadam Api, Lampu suluh, kunci rumah (pasti semua ahli keluarga tahu kedudukan kunci tersebut, no.phone Balai Polis, Bomba, Hospital (setempat) mesti berada dlm direktori hp kita. Kadang-kadang, kita sebagai penghuni rumah telah mengambilkira aspek-aspek keselamatan tetapi perkara yang di luar kawalan kita seperti wiring di luar rumah oleh pihak pemaju.. penggunaan bahan yang bermutu rendah. Ini adalah soal nyawa... tidak ada kompromi... Kepada Jawatan Kuasa Penduduk Taman... pastikan perkara ini ada di dalam agenda. Perkara yang berlaku pada penulis... walaupun ianya kebakaran yang kecil... tetapi bila melibatkan kuasa elektrik dan bunyi letupan yang kuat.. ia sangat-sangat mengerunkan.... akhir kata....berwaspada....Mudah-mudahan kita dilindungi... Insyallah... Amin
Gambar selepas kejadian
Read More...

08 January, 2009

UPLOAD BAHAN PENDIDIKAN MUZIK

Kepada Pendidik-Pendidik Muzik (Pensyarah, Guru), para pelajar (sekolah, IPG, universiti) juga kepada pencinta muzik di Malaysia. Tidak kira di mana anda berada, sekiranya mempunyai bahan-bahan yang berkaitan dengan Muzik Malaysia (Muzik Bentuk Seni Lakon, Muzik Bentuk Tarian, Ensembel, Muzik Vokal, Muzik Instrumental) yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan bangsa sudilah apa kiranya memberi sumbangan untuk digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil program Pendidikan Muzik samada Pendidikan Muzik KBSM, IPG. Anda boleh menggunakan borang di bawah ini untuk muat naik (upload). Sumbangan anda ini akan dipamirkan di http://bahanpendidikanmuzik.blogspot.com. Sumbangan anda semua amat-amat dialukan dan semoga ianya dapat dimanfaatkan kita semua sebagai pendokong Pendidikan Muzik di Malaysia. Terima Kasih


Read More...

07 January, 2009

DIGITAL LEARNER'S

Sila lihat video ini... terutamanya pendidik dan ibubapa...fikir-fikirkan..
Read More...

01 January, 2009

Yanni - Tribute (Adagio in C minor)

Bosan mengadap buku..... nak bersantai pulak... Dah lama x dengar Yanni ... Adagio in C Minor...beautiful,wonderful song, without words... meresap ke dalam hati

Read More...