24 January, 2009

SHORT CIRCUIT (KEBAKARAN DI RUMAH PENULIS)


SHORT CIRCUIT
Entry kali ini bukanlah berkaitan dengan penggunaan blog tetapi sekadar berkongsi cerita mengenai pengalaman penulis menghadapi situasi kebakaran kecil yang berlaku akibat litar pintas di rumah penulis. Ini merupakan pengalaman pertama penulis menghadapi situasi sedemikian dan harapan penulis agar pembaca dapat menjadikan ianya satu iktibar terhadap apa yang berlaku.
Peristiwa kebakaran kecil ini berlaku pada 14/01/2009 lebih kurang jam 11.00 malam. Pada sekitar jam 7.00 malam, penulis dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan bekalan elektrik kerana keadaan lampu yang seakan-akan kekurangan tenaga berdasarkan kepada kecerahan lampu yang tidak stabil. Keadaan menjadi normal semula, jadi pada pendapat penulis mungkin gangguan bekalan di sekitar kawasan perumahan sahaja. Pada jam 9.30pm, penulis membawa 3 orang anak penulis keluar untuk minum di kedai.. Jadi yang tinggal di rumah hanya isteri bersama 3 orang lagi anak. Selesai makan kami balik ke rumah dan sampai lebih kurang jam 10.15pm dan isteri penulis memberitahu perkara yang sama berlaku terhadap bekalan elektrik.
Seperti biasa penulis akan mulakan aktiviti membaca, menulis, dan melayari internet pada jam 10.45pm....sekali lagi gangguan elektrik mula berlaku... dan kembali stabil semula selepas itu.... seminit kemudian, kedengaran alarm dari rumah jiran(jaraknya selang 5 rumah). Jadi penulis menjengah dari bilik atas menghadap keluar.. Nampaknya macam tak ada apa yang berlaku..... Ketika itu anak-anak semuanya sudah tidur.. Isteri penulis sedang menyiapkan kerja sekolah di tingkat bawah. Jadi penulis masuk semula untuk meneruskan kerja yang tertangguh tadi. apabila penulis duduk sahaja di kerusi... satu letupan kuat berlaku di luar rumah.. diikuti dengan letupan seperti bunyi mercun. Isteri penulis yang berada di tingkat bawah menjerit dan memanggil penulis untuk mengejutkan anak-anak

Rupa-rupanya, jiran-jiran penulis sedar akan keadaan itu dan memanggil kami sewaktu kejadian awal percikan api. Tapi kami tidak sedar kerana pintu sliding dan grill telah berkunci.Tindakan pertama penulis ialah mengejutkan anak kami yang tua iaitu Abang Amir untuk membantu mengejutkan adik-adiknya yang lain. Ketika itu keadaan dalam rumah gelap.. hanya berbekalkan lampu dari Handphone sahaja. Di bahagian luar dekat dengan meter... api sudah mula kuat dan letupan seperti mercun terus berlaku. Di tingkat atas penulis terus menutup main suis dan seterusnya membawa anak-anak turun ke tingkat bawah. Kami bergerak ke pintu belakang untuk keluar. dalam keadaan yang kelam kabut.. kunci pintu belakang pulak entah ke mana diletaknya.. kebetulan pula isteri penulis terlanggar gelas... Jadi satu masalah pulak timbul untuk bergerak. Penulis mengambil keputusan untuk keluar di pintu depan.. walaupun pada ketika itu api di bahagian luar masih ada diikuti dengan letupan (short circuit)...
Apabila pintu sliding dan grill dapat di buka, kami terus keluar di bawah percikan api sambil jiran-jiran membantu...Terima Kasih kepada jiran-jiran (membantu menelefon pihak TNB dan bomba) Apabila terpandangkan paip getah mencuci kereta... penulis terus menarik paip sambil dibantu oleh anak penulis iaitu Abang Amir....terus memancutkan air ke arah api tersebut. Mujurlah tiada leaking minyak pada kereta dan motor penulis.. kerana tempat percikan api betul betul di kawasan kereta dan motor..Alhamdulillah.. dengan izin Allah api dapat dikawal...Rupa-rupanya seorang dari anak penulis masih tidur di tingkat atas. Penulis sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kami sekeluarga semuanya selamat.
Penulis terus ke balai polis T.Malim untuk membuat report(atas nasihat kawan penulis (anggota polis) dan ditemani oleh Dr.Suhaimi (jiran penulis). Selepas itu kami ke TNB untuk membuat laporan terhadap kebakaran yang berlaku. Menurut pegawai TNB yang bertugas, tindakan penulis menyiram air adalah sangat merbahaya dan boleh membuatkan aliran tenaga elektrik ke arah penulis. Jawapan penulis... Dalam keadaan kelam kabut... itu sahaja yang termampu untuk penulis berfikir dan terus mengambil tindakan.. Jika tidak kebakaran yang lebih besar akan berlaku dan mungkin boleh mengakibatkan rumah-rumah bersebelahan.
Lebih kurang jam 01.15am, pihak TNB sampai dan terus memperbaiki kerosakan tersebut. Kata pegawai tersebut.. wire pintal longgar dan mengakibatkan sentuhan sesama wayar dan berlaku percikan api dan seterusnya berlaku letupan. Menurut pegawai itu lagi.. Seandainya lewat sedar akan kebakaran (short circit) boleh mengakibatkan sebaris rumah teres itu musnah ia melibatkan tenaga elektrik. Lebih kurang jam 3.00am kerja-kerja penyambungan semula selesai. Segala kos ditanggung oleh TNB kerana ianya berlaku diluar kotak meter. Terima kasih kepada pekerja-pekerja TNB kerana dapat menyelesaikan tugas dengan baik disamping memberi beberapa tips mengenai pencegahan dan menangani kebakaran.
Apabila terbaca peristiwa kebakaran di dada-dada akhbar... penulis dapat bayangkan bagaimana situasi mereka yang tidak sedar di awal kejadian kebakaran.. Apabila api telah marak....Ya Allah... Allah sahaja yang tau... Seminggu dua ini... ada berita-berita mengenai kebakaran disebabkan litar pintas.. seperti di Johor tempohari... Penulis ingin mengingatkan pembaca dan diri penulis sendiri..... Perkara-perkara yang perlu diambil berat... Tabung Pemadam Api, Lampu suluh, kunci rumah (pasti semua ahli keluarga tahu kedudukan kunci tersebut, no.phone Balai Polis, Bomba, Hospital (setempat) mesti berada dlm direktori hp kita. Kadang-kadang, kita sebagai penghuni rumah telah mengambilkira aspek-aspek keselamatan tetapi perkara yang di luar kawalan kita seperti wiring di luar rumah oleh pihak pemaju.. penggunaan bahan yang bermutu rendah. Ini adalah soal nyawa... tidak ada kompromi... Kepada Jawatan Kuasa Penduduk Taman... pastikan perkara ini ada di dalam agenda. Perkara yang berlaku pada penulis... walaupun ianya kebakaran yang kecil... tetapi bila melibatkan kuasa elektrik dan bunyi letupan yang kuat.. ia sangat-sangat mengerunkan.... akhir kata....berwaspada....Mudah-mudahan kita dilindungi... Insyallah... Amin
Gambar selepas kejadian

0 comments:

Post a Comment