27 February, 2010

Penggunaan iSpring Presenter - KSPK 1995

Read More...

25 February, 2010

Percubaan menggunakan I-Spring Presenter (Software)... diserasikan dengan Powerpoint.. Boleh digunakan untuk membuat presentation  online dengan menggunakan Slide Boom. Boleh digunakan untuk soalan Kuiz samada secara online mahupun di dalam bilik kuliah.. Sangat sesuai untuk sistem LMS...

 



Read More...

22 February, 2010

Pages Come To Blogger In Draft

Kepada peminat-peminat dan pembangun blog, Blogger.com telah menambah satu widget baru iaitu halaman (pages). Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan blogger.com, features ini biasanya diserasikan dengan menggunakan pelbagai template yang berada dipasaran… Bagi edublogs, halaman (pages) memang telah sedia ada. Sebelum editpagestab menggunakan aplikasi ini, kita perlu memahami pages dan posting. Posting ianya berbentuk reverse cronology entry. Ini bermakna setiap posting yang terkini akan berada di bahagian depan  dan posting yang sebelumnya akan semakin terkebelakang apabila ada posting baru muncul. Manakala Pages pula ialah ia berbentuk pageswidgetStand Alone  dan boleh dihubungkan (link) dalam blog.Biasanya pages digunakan utk meletakkan About Me, Email me, ataupun Contact me. Untuk pengetahuan lanjut sila klik di sini

Read More...

10 February, 2010

Language Teaching and the Enhancement of Higher-Order Thinking Skills-Prof.NS Rajendran


Higher Order Thinking Skills- Learning And Teaching -

Read More...

Higher Order Thinking Skills In Malaysia - Prof. N.S Rajendran


Higher Order Thinking Skills in Malaysia -

Read More...

06 February, 2010

Tiba-Tiba Teringat Kepada Seseorang: Hjh. Norbi bte Hj.Husin


     Setiap malam hingga ke lewat subuh merupakan rutin penulis untuk mencari bahan dari internet untuk penulisan tesis. Sepanjang pagi ini tak banyak bahan yang dapat Penulis gunakan untuk menambah sorotan literatur bagi menguatkan lagi teori dalam penulisan tesis. Tahap bosan dan jemu menghadap komputer mula timbul. Entah kenapa tiba-tiba teringat kepada seseorang yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada penulis pengertian menjadi seorang pendidik.Penulis terus ke Google dan menaip "Norbi Husin"di dialog box”. Maka tersenarailah alamat blog dan FB beliau. Hem!! betapa mudahnya sekarang ini untuk mencari sesuatu yang kita inginkan. Itulah dunia siber, dunia tanpa sempadan, global dan pelbagai term  yang telah digunakan dalam era digital ini.

    
     Hajjah Norbi bte Hj.Husin merupakan mantan Pengetua SMK.Iskandar Jasin dan mantan Ketua Sektor Akademik, JPN. Melaka. Penulis pernah bekerja sebagai guru di bawah pengurusan beliau dari tahun 2000-2004 di SMK.Iskandar Shah, Jasin dan Penolong Pengarah Unit Sains Sosial, JPN.Melaka dari 2005-2007.

    Sebelum ini Penulis bertugas sebagai guru di sekolah rendah(89-97) dan setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Penulis ditempatkan di SMK. Iskandar Shah, Jasin (SMKIS). Di Jasin, SMKIS memanglah sekolah yang agak popular, popular daripada pelbagai segi. Popular yang ingin penulis ceritakan di sini ialah pengetuanya. Apabila Penulis mendapat tahu yang penulis akan ditempatkan di sekolah SMKIS.. hati Penulis berdebar kerana pelbagai versi yang Penulis dengar mengenai Pengetua di sekolah ini. Kebanyakan versi yang disuakan kepada penulis agak kurang enak ceritanya. Ini sangat-sangat merisaukan penulis kerana Penulis merupakan spesis yang cepat marah dan suka memberontak(sejarah dulu-dulu)..takut-takut nanti tidak sehaluan.

   Di hari pertama semasa pendaftaran, Penulis terus ke bilik pengetua. Itulah kali pertama Penulis bersua muka dengan Pn.Hajjah Norbi bte Hj.Husin. First Impression Penulis, beliau nampak tegas, suaranya jelas, perbualan banyak dalam bentuk arahan dan pada masa tu berdetik di hati Penulis “Tak boleh buat main-main dengan Pengetua ni”. Dan di situlah juga diperturunkan tugasan yang dipertanggungjawab terhadap penulis. Menjadi seorang guru tingkatan, guru mata pelajaran B.M, Geografi dan PJ dan etc. Sempat juga beliau berikan tips dan nasihat pada penulis.

   Sepanjang bekerja di bawah kendalian beliau di SMKIS, banyak pengalaman pahit manis yang penulis tempuhi. Suatu ketika, pernah berlaku perselisihan faham yang hampir-hampir membuatkan Penulis berpindah ke sekolah lain. Peristiwa itu agak tegang(campur tangan JPN dan KPM) dan sebenarnya peristiwa itu jugalah sebenarnya memberi rahmat kepada Penulis untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Bermula dari situlah Penulis perhatikan cara beliau bekerja dan menguruskan guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar. Satu perkara yang sangat menarik dan mungkin ramai pengetua-pengetua/ guru-guru besar tidak sedar ialah keberkesanan  menilai takwim dan minit mesyuarat. Di SMKIS… apabila sebut sahaja mesyuarat guru.. Buku Takwim adalah wajib dibawa.. kerana setiap perancangan yg dibuat perlu dijalankan dengan lancar dan pelaporan perlu dibuat semasa mesyuarat akan datang. Apa yang menarik di sini ialah.. bagaimana Pn.Hajjah Norbi mengendalikan mesyuarat dan menilai takwim. Inilah yang Penulis rasakan tidak ramai yang berkebolehan seperti beliau. Bagi beliau, setiap perancangan yg dibuat perlu diimplimentasi seperti yg dirancang@tip-top. Dan bagi guru-guru pula.. akan sedaya upaya membuat yang terbaik.. dan mereka tahu bahawa setiap perancangan&pelaporan perlu dibentang pada setiap mesyuarat.. dan sesi soal jawab bersama pengetualah merupakan titik peristiwa yang mendebarkan. Bagi pekerja-pekerja pula, mereka memanglah dah tau kerenah dan faham akan kehendak beliau. Sehingga kini keadaan itu terbawa-bawa apabila penulis menghadiri mesyuarat.. dan penulis akan merasakan tidak puas bila pengendalian mesyuarat tidak dpt dijalankan dengan efisien.

   Tapi. alhamdulillah setiap perancangan yang dibuat kebanyakannya mencapai tahap yang sangat membanggakan. Sebab itulah SMKIS banyak memenangi anugrah berprestij seperti Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat kebangsaan, Tempat ke 2 Anugerah Kualiti peringkat kebangsaan.. Johan 3k dan pelbagai lagi.. Dari sudut kurikulum pula, SMKIS berjaya diletakkan di dalam top 10 Negeri Melaka dan akhirnya dipilih sebagai Sekolah Kawalan di Daerah Jasin. Ko-Kurikulum juga tidak terlepas pandang. Setiap pertandingan yang disertai perlu mencapai tahap piawaian yg telah ditetapkan. Sbg contoh… Pasukan Hoki Perempuan sentiasa menjadi Johan Negeri.

   Kehebatan beliau ialah beliau bersedia menjadi tidak popular dikalangan guru dan pekerja lantaran sikapnya yang sangat tegas. Ketegasan beliau membuatkan mereka yang tidak dpt mengikut pattern cara beliau bekerja merasa tidak selesa. Sebenarnya impak daripada ketegasan beliaulah yang membuat sekolah menjadi sukses. Di saat beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Sektor Akademik JPN.Melaka.. tatkala itulah warga SMKIS merasakan kehilangan beliau….. Barulah disedari bahawa teguran dan marah beliaulah menjadikan warga SMKIS belajar sesuatu yang bernilai.. dan Hjh. Norbi berjaya meletakkan warga SMKIS dilandasan betul. Dan bagi Penulis sendiri..terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau krn telah banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia pendidikan khususnya pengurusan dalam pendidikan. Antaranya bagaimana menjadi seorang pemimpin yang berkarisme, menguruskan kewangan (perbelanjaan, mendapat dana dan tajaan luar),  penglibatan sekolah dengan komuniti dan masyarakat setempat serta NGO-NGO, penyediaan program-program yang berkualiti untuk pelajar dan sekolah. Dan secara peribadinya beliau banyak memberi motivasi untuk terus berjaya dalam karier sebagai seorang pendidik. Jasamu dikenang. Terima Kasih Cikgu….


Read More...

03 February, 2010

Inovasi Sektor Pendidikan Perlu Dijana Semaksimum Mungkin


(Bernama, 2010) KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.

"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.

"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran," katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini Jumaat.

Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.

Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.

"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan," katanya.

Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.

Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

-- BERNAMA


Read More...