22 May, 2009

Pembelajaran Melalui Refleksi - Weblog Sebagai Platform



Menurut Ng Land dan Thye (2004), guru yang professional biasanya menjadikan refleksi sebagai amalan pengajaran mereka melalui pemikiran kritikal. Menurut Dewey (1993), pemikiran reflektif  ialah “the kind of thinking that consist of turning subject over in the mind and giving it serious and consecutive consideration” (p.3). Burnet dan Lingam menyatakan refleksi secara kritikal membantu guru dan pentadbir memikirkan semula tujuan pendidikan dan membentuk semula mengikut keperluan pelajar. Brandt (2008) juga menyatakan apabila refleksi dan maklumbalas disepadukan dalam bentuk perbualan antara guru dan pelajar, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dalam mempraktikkan refleksi ini. Sockman dan Sharma (2008) menunjukkan bahawa melalui kaedah refleksi maklum balas, refleksi penulisan dan pembacaan jurnal, guru seharusnya tidak ada halangan bagaimana melakukan transformasi dalam  strategi pengajaran. Oleh itu penggunaan refleksi bukan hanya boleh dipraktikkan malahan boleh memberi maklumat tentang keperluan dan garis panduan mengenai perancangan, matlamat dan keperluan terkini.

            Menurut Liou (2001), proses refleksi termasuklah tindak balas pemikiran (reflective thinking) dan penilaian kendiri (self-examination) semasa atau selepas pembelajaran. Bailey, Curtis dan Nunan (2001) membahagikan amalan refleksi kepada 2 iaitu refleksi dalam tindakan (reflection in action) dan refleksi ke atas tindakan (reflection on action). Refleksi dalam tindakan ialah di mana guru secara berterusan menilai proses pengajaran supaya bersesuaian dengan kaedah pedagogi yang digunakan, manakala refleksi ke atas tindakan pula ialah guru merancang proses pengajaran terlebih dahulu dan menilai proses pengajaran beliau selepas itu. Refleksi secara kritikal adalah berbeza dengan refleksi biasa, kerana ia merujuk kepada bagaimana guru belajar untuk mencabar kepercayaan dalam pengajaran mereka melalui analisis kritikal kendiri (Critical self-analysis) dan menjadikan guru lebih bertanggungjawab ke atas tindakan mereka (Korthagen, 1993; Sockman & Sharma, 2008). Pengalaman dalam mempraktikkan refleksi secara kritikal menjadikan guru mengembangkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap diri sendiri dan pelajar. Liou (2001), mengungkapkan refleksi secara kritikal akan  meningkatkan tahap kesedaran tentang pengajaran dan memacu ke arah perubahan yang positif.

            Walau bagaimanapun, refleksi secara kritikal tidak akan dapat dipraktikan sekiranya tidak diambil peluang untuk menggunakannya.  Penggunaan blog di dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai satu platfom untuk mempraktikkan refleksi secara kritikal supaya guru dan pelajar mendapat manfaat dan seterusnya meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar.
Rujukan
Bailey, M. K., Curtis, A., & Nunan, D. (2001). Pursuing professional development: the self as source, Boston: Heinle & Heinle.
Burnett, G., & Lingam, G. I. (2007). Reflective teachers and teacher educators in the Pacific region: Conversations with us not about us. Review of Education, 53, 303–321.
Brandt, C. (2008). Integrating feedback and reflection in teacher preparation. ELT Journal, 62 (1), 37–46.
Dewey, J. (1933). How we think, New York: DC Heath.
Korthagen, F. (1993). Two modes of reflection. Teaching and Teacher Education, 9, 317–326. Kozma, R. (1991). Learning with media. Review of Educational Research, 61 (2), 179–211.
Lester, N. B., & Mayher, J. S. (1987). Critical professional inquiry. English Education, 19 (4), 198–210.
Liou, H. C. (2001). Reflective practice in a pre-service teacher education program for high school English teachers in Taiwan, ROC. System, 29, 197–208.
Ng, P. T., Lan, L. K., & Thye, J. T. (2004). Developing reflective teachers: The experience of two modules in the teacher training programme at the National Institute of Education, Singapore. Asia Pacific Education Review, 5 (2), 200–206.
Sockman, B., & Sharma, P. (2008). Struggling toward a transformative model of instruction: It’s not so easy! Teaching and Teacher Education, 24 (4), 1070–108


1 comments:

Anonymous said...

sila perbanyakkan idea lagi...

Post a Comment