28 October, 2010

KAJIAN LAPANGAN TELAHPUN SELESAI

SMP2252 MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Alhamdulillah.. kajian lapangan telahpun selesai. Selama 14 minggu bergelumang dengan pelbagai bentuk data baik berbentuk audio, video,   observation,temubual, senarai semak, naratif, document analysis dan pelbagai lagi untuk aku jadikan bahan agar dapat  persoalan kajian yang telah ditetapkan. Seperti kata Prof. Rajendran, apabila membuat kajian perkataan-perkataan seperti ... What... Why... How.. sentiasa menjadi fokus utama dan akhirnya telah sampai kepada So What?.. Inilah masanya aku perlu memberi makna dan nyawa kepada data yang aku perolehi agar dapat menjawab soalan-soalan membunuh itu.
PROF.MADYA DR.MOHD.HASSAN BIN ABDULLAH
Sama-sama berdemo bermain Muzik Wayang Kulit
Terima kasih kepada Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Hassan Abdullah merangkap Penyelia Utama kerana telah memberi kebenaran membuat kajian lapangan di sini. Begitu juga dengan pelajar-pelajar tersayang .. SMP2252 Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai 72 orang. Anda telah memberikan kerjasama yang amat-amat saya perlukan. Mudah-mudahan kajian ini dapat diterima dan diguna pakai di IPG khususnya dan di IPT secara amnya...insyallah.
PELAJAR-PELAJAR SMP2252 KUMPULAN A


PELAJAR-PELAJAR SMP2252 KUMPULAN B

Read More...

12 October, 2010

SESEKALI JAMMING DENGAN ANAK LAGU LAMA

Read More...

03 August, 2010

Tempat Ke 2: Educational Blogging

Pihak penganjur pertandingan telah menghubungi penulis dan menyampaikan keputusan pertandingan Educational Blogging. Ini merupakan kali ke  2 penulis menyertai pertandingan ini. Tahun sudah hanya mendapat tempat  ke 4 (Hadiah berupa Apple I-Pod Nano). Tahun ini alhamdulillah, blog penulis http://smt2252.blogspot.com telahpun dipilih sebagai pemenang tempat ke 2. Hadiah berupa sebuah Netbook. Syukur ke hadrat Ilahi.

Keputusan penuh pertandingan: KLIK SINI


Read More...

01 July, 2010

Filem

Read More...

22 April, 2010

Panduan Menggunakan Google Browser

Setiap kali kita mencari maklumat di internet memerlukan masa yang begitu lama. Sedikit tips untuk anda mencari maklumat dengan cepat dan teratur. Sila lihat tutorial video di bawah ini. Harap dapat manfaat melalui tutorial ini.

Read More...

11 April, 2010

Seminar Pendidikan Kebangsaan Kali Ke 4, UKM

Kepada pelajar-pelajar pasca-siswazah yang berminat untuk membentangkan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Kali ke 4 yang di adakan di UKM ini, bolehlah muat turun borang di sini.



Seminar Pendidikan Kebangsaan Kali Ke 4, UKM -

Read More...

05 April, 2010

Peningkatan Keupayaan Jalur Lebar

Bersesuaian dengan tajuk kajian, blueprint dan unjuran Kerajaan terhadap peningkatan keupayaan jalur lebar amat dialu-alukan terutamanya di sektor pendidikan bagi warga pendidikan dan pelajar. Diharap capaian maksimum dapat dilaksanakan secepat mungkin




Kenyataan Akhbar_Peningkatan jalur lebar


Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan


1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta.

2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.

3. e-kiosk akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta.
4. Liputan selular awam diperluaskan dengan 873 menara telekomunikasi baru akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.

5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer riba atau notebook kepada pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.

6. Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20. - Bernama 



Read More...

01 March, 2010

Penggunaan iSpring-Presenter Dalam Blog

Penggunaan iSpring Presenter dalam P&P (Bliki Kuliah/Bilik Darjah atau secara online) adalah sangat praktikal. Anda boleh melihat features yang terdapat pada perisian ini yang diserasikan Microsoft Office Powerpoint. Fail .ppt ini boleh di convert menjadi flash movie dan boleh di upload di Slide Boom.


Read More...

27 February, 2010

Penggunaan iSpring Presenter - KSPK 1995

Read More...

25 February, 2010

Percubaan menggunakan I-Spring Presenter (Software)... diserasikan dengan Powerpoint.. Boleh digunakan untuk membuat presentation  online dengan menggunakan Slide Boom. Boleh digunakan untuk soalan Kuiz samada secara online mahupun di dalam bilik kuliah.. Sangat sesuai untuk sistem LMS...

 



Read More...

22 February, 2010

Pages Come To Blogger In Draft

Kepada peminat-peminat dan pembangun blog, Blogger.com telah menambah satu widget baru iaitu halaman (pages). Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan blogger.com, features ini biasanya diserasikan dengan menggunakan pelbagai template yang berada dipasaran… Bagi edublogs, halaman (pages) memang telah sedia ada. Sebelum editpagestab menggunakan aplikasi ini, kita perlu memahami pages dan posting. Posting ianya berbentuk reverse cronology entry. Ini bermakna setiap posting yang terkini akan berada di bahagian depan  dan posting yang sebelumnya akan semakin terkebelakang apabila ada posting baru muncul. Manakala Pages pula ialah ia berbentuk pageswidgetStand Alone  dan boleh dihubungkan (link) dalam blog.Biasanya pages digunakan utk meletakkan About Me, Email me, ataupun Contact me. Untuk pengetahuan lanjut sila klik di sini

Read More...

10 February, 2010

Language Teaching and the Enhancement of Higher-Order Thinking Skills-Prof.NS Rajendran


Higher Order Thinking Skills- Learning And Teaching -

Read More...

Higher Order Thinking Skills In Malaysia - Prof. N.S Rajendran


Higher Order Thinking Skills in Malaysia -

Read More...

06 February, 2010

Tiba-Tiba Teringat Kepada Seseorang: Hjh. Norbi bte Hj.Husin


     Setiap malam hingga ke lewat subuh merupakan rutin penulis untuk mencari bahan dari internet untuk penulisan tesis. Sepanjang pagi ini tak banyak bahan yang dapat Penulis gunakan untuk menambah sorotan literatur bagi menguatkan lagi teori dalam penulisan tesis. Tahap bosan dan jemu menghadap komputer mula timbul. Entah kenapa tiba-tiba teringat kepada seseorang yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada penulis pengertian menjadi seorang pendidik.Penulis terus ke Google dan menaip "Norbi Husin"di dialog box”. Maka tersenarailah alamat blog dan FB beliau. Hem!! betapa mudahnya sekarang ini untuk mencari sesuatu yang kita inginkan. Itulah dunia siber, dunia tanpa sempadan, global dan pelbagai term  yang telah digunakan dalam era digital ini.

    
     Hajjah Norbi bte Hj.Husin merupakan mantan Pengetua SMK.Iskandar Jasin dan mantan Ketua Sektor Akademik, JPN. Melaka. Penulis pernah bekerja sebagai guru di bawah pengurusan beliau dari tahun 2000-2004 di SMK.Iskandar Shah, Jasin dan Penolong Pengarah Unit Sains Sosial, JPN.Melaka dari 2005-2007.

    Sebelum ini Penulis bertugas sebagai guru di sekolah rendah(89-97) dan setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Penulis ditempatkan di SMK. Iskandar Shah, Jasin (SMKIS). Di Jasin, SMKIS memanglah sekolah yang agak popular, popular daripada pelbagai segi. Popular yang ingin penulis ceritakan di sini ialah pengetuanya. Apabila Penulis mendapat tahu yang penulis akan ditempatkan di sekolah SMKIS.. hati Penulis berdebar kerana pelbagai versi yang Penulis dengar mengenai Pengetua di sekolah ini. Kebanyakan versi yang disuakan kepada penulis agak kurang enak ceritanya. Ini sangat-sangat merisaukan penulis kerana Penulis merupakan spesis yang cepat marah dan suka memberontak(sejarah dulu-dulu)..takut-takut nanti tidak sehaluan.

   Di hari pertama semasa pendaftaran, Penulis terus ke bilik pengetua. Itulah kali pertama Penulis bersua muka dengan Pn.Hajjah Norbi bte Hj.Husin. First Impression Penulis, beliau nampak tegas, suaranya jelas, perbualan banyak dalam bentuk arahan dan pada masa tu berdetik di hati Penulis “Tak boleh buat main-main dengan Pengetua ni”. Dan di situlah juga diperturunkan tugasan yang dipertanggungjawab terhadap penulis. Menjadi seorang guru tingkatan, guru mata pelajaran B.M, Geografi dan PJ dan etc. Sempat juga beliau berikan tips dan nasihat pada penulis.

   Sepanjang bekerja di bawah kendalian beliau di SMKIS, banyak pengalaman pahit manis yang penulis tempuhi. Suatu ketika, pernah berlaku perselisihan faham yang hampir-hampir membuatkan Penulis berpindah ke sekolah lain. Peristiwa itu agak tegang(campur tangan JPN dan KPM) dan sebenarnya peristiwa itu jugalah sebenarnya memberi rahmat kepada Penulis untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Bermula dari situlah Penulis perhatikan cara beliau bekerja dan menguruskan guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar. Satu perkara yang sangat menarik dan mungkin ramai pengetua-pengetua/ guru-guru besar tidak sedar ialah keberkesanan  menilai takwim dan minit mesyuarat. Di SMKIS… apabila sebut sahaja mesyuarat guru.. Buku Takwim adalah wajib dibawa.. kerana setiap perancangan yg dibuat perlu dijalankan dengan lancar dan pelaporan perlu dibuat semasa mesyuarat akan datang. Apa yang menarik di sini ialah.. bagaimana Pn.Hajjah Norbi mengendalikan mesyuarat dan menilai takwim. Inilah yang Penulis rasakan tidak ramai yang berkebolehan seperti beliau. Bagi beliau, setiap perancangan yg dibuat perlu diimplimentasi seperti yg dirancang@tip-top. Dan bagi guru-guru pula.. akan sedaya upaya membuat yang terbaik.. dan mereka tahu bahawa setiap perancangan&pelaporan perlu dibentang pada setiap mesyuarat.. dan sesi soal jawab bersama pengetualah merupakan titik peristiwa yang mendebarkan. Bagi pekerja-pekerja pula, mereka memanglah dah tau kerenah dan faham akan kehendak beliau. Sehingga kini keadaan itu terbawa-bawa apabila penulis menghadiri mesyuarat.. dan penulis akan merasakan tidak puas bila pengendalian mesyuarat tidak dpt dijalankan dengan efisien.

   Tapi. alhamdulillah setiap perancangan yang dibuat kebanyakannya mencapai tahap yang sangat membanggakan. Sebab itulah SMKIS banyak memenangi anugrah berprestij seperti Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat kebangsaan, Tempat ke 2 Anugerah Kualiti peringkat kebangsaan.. Johan 3k dan pelbagai lagi.. Dari sudut kurikulum pula, SMKIS berjaya diletakkan di dalam top 10 Negeri Melaka dan akhirnya dipilih sebagai Sekolah Kawalan di Daerah Jasin. Ko-Kurikulum juga tidak terlepas pandang. Setiap pertandingan yang disertai perlu mencapai tahap piawaian yg telah ditetapkan. Sbg contoh… Pasukan Hoki Perempuan sentiasa menjadi Johan Negeri.

   Kehebatan beliau ialah beliau bersedia menjadi tidak popular dikalangan guru dan pekerja lantaran sikapnya yang sangat tegas. Ketegasan beliau membuatkan mereka yang tidak dpt mengikut pattern cara beliau bekerja merasa tidak selesa. Sebenarnya impak daripada ketegasan beliaulah yang membuat sekolah menjadi sukses. Di saat beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Sektor Akademik JPN.Melaka.. tatkala itulah warga SMKIS merasakan kehilangan beliau….. Barulah disedari bahawa teguran dan marah beliaulah menjadikan warga SMKIS belajar sesuatu yang bernilai.. dan Hjh. Norbi berjaya meletakkan warga SMKIS dilandasan betul. Dan bagi Penulis sendiri..terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau krn telah banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia pendidikan khususnya pengurusan dalam pendidikan. Antaranya bagaimana menjadi seorang pemimpin yang berkarisme, menguruskan kewangan (perbelanjaan, mendapat dana dan tajaan luar),  penglibatan sekolah dengan komuniti dan masyarakat setempat serta NGO-NGO, penyediaan program-program yang berkualiti untuk pelajar dan sekolah. Dan secara peribadinya beliau banyak memberi motivasi untuk terus berjaya dalam karier sebagai seorang pendidik. Jasamu dikenang. Terima Kasih Cikgu….


Read More...

03 February, 2010

Inovasi Sektor Pendidikan Perlu Dijana Semaksimum Mungkin


(Bernama, 2010) KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.

"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.

"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran," katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini Jumaat.

Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.

Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.

"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan," katanya.

Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.

Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

-- BERNAMA


Read More...

30 January, 2010

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM


(Utusan, 2010)Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM
LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.
"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.
Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.
Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.
Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.
"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.
Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,
Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.
Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.
"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan
Bibliografi

Utusan. (2010). Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM. Utusan Malaysia. Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm




Read More...

Merakyatkan Internet Jalur Lebar


(Utusan, 2010) PENGUMUMAN kerajaan untuk mengkaji semula kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar (broadband) di negara ini agar ia mampu dilanggan oleh lebih ramai pelanggan sememangnya sua(Utusan, 2010)tu pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu.
Ini kerana melanggan perkhidmatan Internet terutama rangkaian jalur lebar boleh dianggap seperti suatu keperluan asas masa kini seperti mana kita memerlukan perkhidmatan bekalan elektrik, air dan perkhidmatan telefon.
Jika dahulu, ketiga-tiga perkhidmatan itu perlu ada dalam setiap rumah tetapi kini akses Internet menjadi salah satu elemen baru kerana kepentingannya dalam memudahkan urusan kehidupan kita.
Tanpa Internet di rumah, tentu kita terpaksa ke pejabat dahulu atau ke restoran dengan kemudahan WiFi untuk memeriksa e-mel, mendapatkan maklumat mengenai cuaca, trafik, membuat kerja sekolah, berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial dan sebagainya.
Sememangnya jika hendak memperkatakan mengenai kadar langganan Internet di negara ini, tahapnya boleh dikatakan agak tinggi berbanding beberapa negara jiran.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia sehingga suku ketiga tahun lalu adalah 27 peratus berbanding 100 isi rumah.
Untuk kadar jalur lebar ini juga, kedudukan kita masih di hadapan berbanding negara-negara jiran (kecuali Singapura) tetapi ia sebenarnya masih perlu dipertingkatkan.
Ini kerana jika dilihat kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar dunia, negara kita tidak termasuk pun dalam senarai 25 negara dalam kedudukan teratas.
Ini kerana kebanyakan daripada pengguna Internet di negara ini masih bergantung kepada talian dial-up, telefon 3G atau menggunakan perkhidmatan WiFi percuma di restoran-restoran.
Mengapa keadaan ini berlaku? Ada yang berpendapat kerana harga langganan jalur lebar di negara ini masih tinggi walaupun trendnya telah memperlihatkan penurunan.
Secara ringkasnya, harga langganan jalur lebar asas di negara ini bermula dari pakej RM58 sebulan ke atas untuk perkhidmatan akses menggunakan talian tetap atau tanpa wayar.
Kadar ini walaupun kelihatannya sudah agak rendah tetapi ia masih boleh diturunkan jika negara benar-benar hendak menjadikan Internet sebagai satu cara hidup seperti rakyat di negara maju.
Di Jepun misalnya, kadar langganan jalur lebar untuk talian asas iaitu dengan kelajuan 1 Megabit sesaat (Mbps), pengguna hanya dikenakan bayaran langganan bulanan kira-kira RM1 sahaja!.
Manakala di Korea Selatan, pengguna jalur lebar dikenakan bayaran RM1.50 sebulan dan Sweden menggenakan bayaran RM2.20 sebulan. Mungkin syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) di negara kita tidak mampu menawarkan harga seumpama itu kerana kos penyediaan prasarana rangkaian sememangnya agak tinggi.
Bagaimanapun sesuatu harus dilakukan sama ada oleh kerajaan atau ISP sendiri bagi merendahkan lagi kadar sedia ada kerana sememangnya rakyat negara ini telah sebati hidup mereka dengan Internet.
Masyarakat negara ini juga telah menjadikan Internet sebagai medium aktiviti ekonomi mereka dengan menggunakan Internet untuk urusan perbankan, jual beli, membaca akhbar dan sebagainya.
Mungkin faktor harga adalah salah satu daya penarik sahaja untuk meningkatkan kadar langganan jalur lebar di negara ini tetapi faktor-faktor lain juga seharusnya diambil kira.
Antaranya ialah menggalakkan lebih banyak kewujudan laman-laman web dan kandungan yang menarik untuk dilawati, menggunakan Internet sebagai media berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, meningkatkan kadar pemilikan komputer peribadi dan juga menjalankan kempen kesedaran yang berterusan.
Jika ibu bapa kita yang boleh dikatakan 'buta teknologi' kini mampu menggunakan kad mesin autoteller (ATM) untuk mengeluarkan wang, sudah tentu generasi kita dan anak-anak kita tiada masalah untuk menjadikan Internet sebagai salah satu keperluan dalam kehidupan masa kini.


Read More...

18 January, 2010

Gambar Terkini – Abdillah Taha Taha @Hulk (PSR-PM-87-89)

09062007080

 

09062007083

09012010619

Read More...

14 January, 2010

NVivo Workshop For Post Graduate Student-IPS (UPSI)

NVivo is computer assisted qualitative data analysis software. It enables qualitative researchers to manage and retrieve their data. Nvivo reduces the mechanical handling of data so that the researcher can focus on the conceptual development of emerging theories. In this workshop, there will be lectures on qualitative research followed by the practical application of Nvivo to interrogate your data. You are encouraged to bring your own data for this workshop.
Please note that you will have to purchase a copy of the software, if you would like to use it for your research. However, the software will be ready in computer lab during the workshop. Objectives:
• to provide an overview of the software;
• to demonstrate the setting up of a research project;
• to apply some of the analytical capabilities of the software;
• to use the software in research enhancement.


       This workshop is only for post graduate students. The place is limited only for 24 participants for one session. Please register immediately.
Registration Fees : Free
Please visit Institute of Graduate Studies office or call 05 - 450 5490/5491 for registration and further information.

Read More...

12 January, 2010

PERMOHONAN PERJAWATAN PENSYARAH IPG 2010

Salam.. kepada sahabat-sahabat yang berminat nak mohon jawatan pensyarah IPG, bolehlah memohonnya sekarang.. Iklan perjawatan dah keluar.. Boleh muat turun borangnya kat sini...
Iklan : Surat KP (BPG) 9091/500/2/2/1/(6) bertarikh 21 Disember 2009 adalah dirujuk.Pegawai-pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan... dengan menggunakan Borang PPPM 1A. Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan terus ke Institusi Pendidikan Guru yang dipohon pada atau sebelum 26 Februari 2010. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Read More...