30 September, 2009

‘Six Thinking Hat”@Kaedah Enam Topi Berfikir- Edward De Bono

Edward de Bono dalam bukunya, Thinking Course menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Beliau telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap bersifat kritis. Dalam konsep berfikir secara kritikal, yang ditekankan adalah berfikir secara menyeluruh dan mendalam. Menyeluruh bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai daripada pelbagai sudut atau aspek. Mendalam pula bermaksud setiap sudut atau aspek yang dianalisis akan dilakukan secara teliti dan selengkap mungkin.
  • Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal
  • Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara
  • Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini, seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.
  • Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan
  • Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
  • Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan.
Keratan Video Oleh Edward De Bono mengenai Six Thinking Hat

Bagi seorang pendidik, kaedah ini boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian. Walaubagaimanapun, pendidik diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk. Penggunaan weblog dilihat boleh diintergrasikan pemilihan kaedah Six Thinking Hat kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat weblog (kolaboratif, konstruktivis) akan membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Read More...

29 September, 2009

Penggunaan Blog Sebagai Persekitaran Pembelajaran

Terdapat pelbagai kaedah p&p yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan teknologi, pendidik perlu mengambil peluang bagaimana kita mampu mengadaptasikan teknologi untuk memudahkan penyampaian dan seterusnya manfaat dapat diberikan kepada pelajar. Penulis banyak membaca artikel-artikel dari Sue Water yang banyak menerbitkan artikel-artikel mengenai penggunaan blog dalam pendidikan. Ada beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai penggunaan blog dalam pendidikan iaitu...:
  •  Apakah faedah/manfaat yang diperolehi oleh pendidik/pelajar apabila weblog digunakan dalam pendidikan?
  •  Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar/pendidik dari kompentensi dan bagaimana ianya dapat diselesaikan?
  •  Adakah penggunaan weblog ini dapat menarik minat pelajar atau meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran mereka?
  •  Bagaimana pendidik dapat menggunakan pendekatan/kaedah pedagogi melalui penggunaan weblog dalam P&P?
Di sini penulis memancangkan keratan video yang diperolehi dari David Truss mengenai penggunaan weblog dalam pendidikan.





Read More...

27 September, 2009

Penggunaan Document Map dan TOC Dalam Penulisan Ilmiah

Big GrinAplikasi Microsoft Office seperti perisian Word banyak membantu dan memudahkan penulisan ilmiah. Setiap tugasan yang dibuat difail, disusun dan disimpan mengikut kehendak pengguna@user. Tetapi adakalanya features atau keistimewaan yang ada pada perisian tersebut tidak digunakan seperti yang sepatutnya… Penulis baru menyedari tentang penggunaan Document Map (daripada sahabat penulis) yang terdapat dalam Microsoft Office Word sebenarnya banyak membantu meringankan beban semasa penulisan, penyuntingan dan pencarian dalam membangunkan kajian ilmiah.

 

Penggunaan Document Map memudahkan kita mengesan kedudukan dan lokasi bab-bab dan tajuk-tajuk dengan begitu cepat. Begitu juga dengan kemudahan yang terdapat pada Table Of Content (TOC) mempunyai keistimewaan yang sama seperti Document Map (DM).

Di bawah ini merupakan 2 contoh tutorial yang boleh dijadikan panduan bagaimana hendak memula dan membuat Document Map dan Table Of Content

Table Of Content

Document Map

 

Selain daripada itu terdapat artikel-artikel, video  dan penulisan yang dapat membantu penggunaan DM dan TOC ini. Sila klik link di bawah ini.

Read More...

16 September, 2009

Penggunaan Windows Live Writer Dalam Penulisan dan Penyediaan Artikel


Ini merupakan beberapa contoh plug in yang boleh digunakan dalam penyediaan artikel atau penulisan melalui Windows Live Writer(WLW) sebelum ianya dipublishkan di weblog. Ianya boleh dilakukan samada sedang online ataupun offline dan sangat mesra pengguna. Plugin yang tersedia di WLW ini mudah dikendalikan  seperti menggunakan microsoft office. Ada pelbagai features yang boleh diaplikasikan pada setiap plug in…. Plug In yang disediakan oleh WLW antaranya adalah seperti berikut:

Whistling

Hanya menggunakan URL, tanpa perlu embed script

Memasukkan peta tanpa perlu ke laman web lain

 

Table Table
Table Table

Memasukkan table dengan mudah

Dan pelbagai lagi features menarik… Anda boleh muat turun di sini

download



Read More...

Thesis Help - Dissertation Help

Kepada mereka yang sedang dalam proses membangunkan kajian disertasi/tesis.. Motivasi merupakan satu elemen yang sangat dominan dan perlu ada pada pengkaji.. Bersendirian merancang, menulis dan membangun kajian memerlukan disiplin, komitmen dan kekuatan dalaman yang sangat tinggi. Sedikit paparan video yang dipetik dari laman You Tube untuk direnungkan.



Read More...