Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

03 August, 2010

Tempat Ke 2: Educational Blogging

Pihak penganjur pertandingan telah menghubungi penulis dan menyampaikan keputusan pertandingan Educational Blogging. Ini merupakan kali ke  2 penulis menyertai pertandingan ini. Tahun sudah hanya mendapat tempat  ke 4 (Hadiah berupa Apple I-Pod Nano). Tahun ini alhamdulillah, blog penulis http://smt2252.blogspot.com telahpun dipilih sebagai pemenang tempat ke 2. Hadiah berupa sebuah Netbook. Syukur ke hadrat Ilahi.

Keputusan penuh pertandingan: KLIK SINI


Read More...

29 September, 2009

Penggunaan Blog Sebagai Persekitaran Pembelajaran

Terdapat pelbagai kaedah p&p yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan teknologi, pendidik perlu mengambil peluang bagaimana kita mampu mengadaptasikan teknologi untuk memudahkan penyampaian dan seterusnya manfaat dapat diberikan kepada pelajar. Penulis banyak membaca artikel-artikel dari Sue Water yang banyak menerbitkan artikel-artikel mengenai penggunaan blog dalam pendidikan. Ada beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai penggunaan blog dalam pendidikan iaitu...:
  •  Apakah faedah/manfaat yang diperolehi oleh pendidik/pelajar apabila weblog digunakan dalam pendidikan?
  •  Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar/pendidik dari kompentensi dan bagaimana ianya dapat diselesaikan?
  •  Adakah penggunaan weblog ini dapat menarik minat pelajar atau meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran mereka?
  •  Bagaimana pendidik dapat menggunakan pendekatan/kaedah pedagogi melalui penggunaan weblog dalam P&P?
Di sini penulis memancangkan keratan video yang diperolehi dari David Truss mengenai penggunaan weblog dalam pendidikan.





Read More...

22 May, 2009

Pembelajaran Melalui Refleksi - Weblog Sebagai Platform



Menurut Ng Land dan Thye (2004), guru yang professional biasanya menjadikan refleksi sebagai amalan pengajaran mereka melalui pemikiran kritikal. Menurut Dewey (1993), pemikiran reflektif  ialah “the kind of thinking that consist of turning subject over in the mind and giving it serious and consecutive consideration” (p.3). Burnet dan Lingam menyatakan refleksi secara kritikal membantu guru dan pentadbir memikirkan semula tujuan pendidikan dan membentuk semula mengikut keperluan pelajar. Brandt (2008) juga menyatakan apabila refleksi dan maklumbalas disepadukan dalam bentuk perbualan antara guru dan pelajar, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dalam mempraktikkan refleksi ini. Sockman dan Sharma (2008) menunjukkan bahawa melalui kaedah refleksi maklum balas, refleksi penulisan dan pembacaan jurnal, guru seharusnya tidak ada halangan bagaimana melakukan transformasi dalam  strategi pengajaran. Oleh itu penggunaan refleksi bukan hanya boleh dipraktikkan malahan boleh memberi maklumat tentang keperluan dan garis panduan mengenai perancangan, matlamat dan keperluan terkini.

            Menurut Liou (2001), proses refleksi termasuklah tindak balas pemikiran (reflective thinking) dan penilaian kendiri (self-examination) semasa atau selepas pembelajaran. Bailey, Curtis dan Nunan (2001) membahagikan amalan refleksi kepada 2 iaitu refleksi dalam tindakan (reflection in action) dan refleksi ke atas tindakan (reflection on action). Refleksi dalam tindakan ialah di mana guru secara berterusan menilai proses pengajaran supaya bersesuaian dengan kaedah pedagogi yang digunakan, manakala refleksi ke atas tindakan pula ialah guru merancang proses pengajaran terlebih dahulu dan menilai proses pengajaran beliau selepas itu. Refleksi secara kritikal adalah berbeza dengan refleksi biasa, kerana ia merujuk kepada bagaimana guru belajar untuk mencabar kepercayaan dalam pengajaran mereka melalui analisis kritikal kendiri (Critical self-analysis) dan menjadikan guru lebih bertanggungjawab ke atas tindakan mereka (Korthagen, 1993; Sockman & Sharma, 2008). Pengalaman dalam mempraktikkan refleksi secara kritikal menjadikan guru mengembangkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap diri sendiri dan pelajar. Liou (2001), mengungkapkan refleksi secara kritikal akan  meningkatkan tahap kesedaran tentang pengajaran dan memacu ke arah perubahan yang positif.

            Walau bagaimanapun, refleksi secara kritikal tidak akan dapat dipraktikan sekiranya tidak diambil peluang untuk menggunakannya.  Penggunaan blog di dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai satu platfom untuk mempraktikkan refleksi secara kritikal supaya guru dan pelajar mendapat manfaat dan seterusnya meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar.
Rujukan
Bailey, M. K., Curtis, A., & Nunan, D. (2001). Pursuing professional development: the self as source, Boston: Heinle & Heinle.
Burnett, G., & Lingam, G. I. (2007). Reflective teachers and teacher educators in the Pacific region: Conversations with us not about us. Review of Education, 53, 303–321.
Brandt, C. (2008). Integrating feedback and reflection in teacher preparation. ELT Journal, 62 (1), 37–46.
Dewey, J. (1933). How we think, New York: DC Heath.
Korthagen, F. (1993). Two modes of reflection. Teaching and Teacher Education, 9, 317–326. Kozma, R. (1991). Learning with media. Review of Educational Research, 61 (2), 179–211.
Lester, N. B., & Mayher, J. S. (1987). Critical professional inquiry. English Education, 19 (4), 198–210.
Liou, H. C. (2001). Reflective practice in a pre-service teacher education program for high school English teachers in Taiwan, ROC. System, 29, 197–208.
Ng, P. T., Lan, L. K., & Thye, J. T. (2004). Developing reflective teachers: The experience of two modules in the teacher training programme at the National Institute of Education, Singapore. Asia Pacific Education Review, 5 (2), 200–206.
Sockman, B., & Sharma, P. (2008). Struggling toward a transformative model of instruction: It’s not so easy! Teaching and Teacher Education, 24 (4), 1070–108


Read More...

02 December, 2008

BLOG, WEBLOG

Beberapa dekad yang lalu, kajian dalam pendidikan begitu terserlah dalam bidang teknologi pengkomputeran. Pemerhatian yang khusus dan perkembangan teknologi yang begitu drastik merupakan nilai tambah dalam keyakinan menggunakan teknologi sebagai satu alat dalam pendidikan. Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan laman web dalam mencari bahan-bahan elektronik, menggunakan email,  pesanan pantas (Instant Messenger), portal dan pelbagai lagi. Kelebihan dalam penggunaan Internet dalam pendidikan memang tiada kesudahan dan penghujungnya, di mana pelajar dan juga pendidik mempunyai pelbagai peluang dan kemudahan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Seringkali guru atau pendidik akan mencari sesuatu yang popular dan baru dalam dunia teknologi untuk digunapakai dalam pengajaran mereka. Ledakan teknologi yang baru ketika ini iaitu weblog dan lebih popular disebut blog.
                Populariti weblog di dalam 5 tahun kebelakangan ini tidak boleh kita nafikan. Mengikut Jeffry Henning dalam kajiannya pada tahun 2003, memperlihatkan pengwujudan laman blog baru melebihi daripada 600 peratus diantara tahun 2000 hingga 2003, dan beliau juga mendapati terdapat lebih dari 10 juta blog pada akhir tahun 2004. Dan tambahan pula Merriam Webster menyatakan perkataan blog merupakan “Word Of The Year 2004”.  Beliau juga telah mengistilahkan blog sebagai:
“Blog noun[short for weblog] (1999): a Website that contain an personal journal with reflection,
  comments, and often hyperlinks provided by writer”
Carolyn Milledan Dawn Sherped dalam tugasnya di weblog menjadikan weblog sebagai genre, lebih terperinci dan berbentuk akademik. Katanya lagi, “weblog mempunyai banyak bentuk iaitu seperti tarikh pos, bermula dengan pos terkini, dan kebanyakannya menggunakan pautan. Weblog direka dalam bentuk post yang mana mempunyai masa, pautan tetap dan juga bahagian komen serta nama penulis. Ianya merupakan bahagian asas dalam weblog dan bergerak.
                Secara mudah, blog (ringkasan bagi weblog) adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian.  Perbezaan ketara blog dengan laman web biasa adalah, setiap kali mengemaskini atau memasukkan artikel/penulisan terbaru, yang terkini akan berada di atas dan yang lepas akan berada di bawah (reverse chronoligical order).
Selain itu, blog mudah untuk diuruskan atau diguna oleh sesiapa sahaja. Tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi, kerana untuk menggunakan blog, ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Sama seperti menggunakan perisian Microsoft Office. Hakikatnya blog juga adalah sebuah laman web yang perlu dikemaskini, diurus dan dijaga dengan baik. Namun, ciri-cirinya membuatkan ia berbeza dengan jenis laman web yang lain seperti laman web statik atau jenis CMS (Content Management System).

           Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari. Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.
Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.
Read More...

17 November, 2008

STRATEGI PELAKSANAAN



1.
THE USE OF PODCASTING
MP3-  SPEECH, ARAHAN, DOWNLOAD
2.
ONLINE ASSESMENT – FORMATIVE
LMS – BASE ON COMMENT SUBJECT MATTER
3.
E-PORTFOLIO – PEER
CREATE THEIR OWN BLOG
4.
REFLECTION & COMUNICATION
DISCUSSION SECTION (HIGH ORDER THINKING SKILL)
5.
PORTAL
LINK, POST (TEKS, IMEJ, SOUND, VIDEO) DOWNLOAD
6.
WIKI
COLLABORATION
Read More...

SENARAI TAPAK BLOG PERCUMA



SENARAI TAPAK BLOG PERCUMA
WordPress.com LiveJournal.com
MSN Spaces DiaryLand.com
SquareSpace.com tBlog.com
Xanga.com JournalSpace.com
Friendster Blog Jotblog.com
EFx2.com Bluekaffee
Greatest Journal My Space
Nexopia.com Open Diary
zBloggy.com Online Diary
Int.Blog.Com Weblogs.pl
TheBlog.Net My Blog Voice
MyBlogSite.com Famoodle.com
Blogster.com Fotothing.com
daBlogs.com BlogSource.com
Blogstudio.com BloggerCrab.com
Xanco –mobilelog NewBlog.com
Yahoo 360 EgoBlog.com
SiteKreator LifeLogger.com
Kulando Pubb
Vox.com BlogLadder.com
Cooeey.com Blurty.com
Tabulas.com Eponym.com
eKawan based Blog Sempoi
anyonesblog.com Blogspirit.com
supersized.org b2Evolution.com
BlogCity.com Blogger@Blogspot.com
blogsome.com
Read More...

05 November, 2008

BLOG, WEBLOG??????

Apa itu blog?... Video di bawah ini dapat memberi sedikit gambaran tentang blog/weblog dari persfektif peranan, penggunaan dan kesan... selamat menonton

Read More...