Showing posts with label PEMBELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBELAJARAN. Show all posts

08 June, 2009

Penggunaan Google Earth Dalam P&P

Penggunaan Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran memang telah lama dipraktikkan oleh mana-mana institusi pendidikan di negara luar. Bagi pendidikan di Malaysia, penggunaannya adalah terhad kepada individu-individu yang hanya berminat dalam teknologi ICT. Pada pandangan penulis penggunaan google earth perlu digunakan dengan lebih meluas dan bersesuaian dengan subjek. Sebagai contoh, penggunaan google earth di dalam subjek Geografi.. Ianya dapat ditunjukkan melalui simulasi yang sangat berkesan seperti bentuk muka bumi, . Begitu juga dengan subjek  Sejarah di mana pendidik dapat terus menuju ke lokasi yang berkaitan. Apapun, penggunaan Google Earth memerlukan kreativiti seseorang pendidik. Anda boleh mencubanya.


Read More...

27 October, 2008

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P P.MZ KBSM (RANC.PENGAJARAN)

Pembelajaran Komunikasi ( Individu )
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tajuk : Sejarah Muzik Barat
Bidang : Tokoh dan Karya
Hasil Pembelajaran Umum :
Pelajar dapat mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh atau composer bagi
setiap zaman ( Barok, Klasikal, Romantik dan Abad Ke-20 ) serta tajuk karya
yang dihasilkan.
Hasil Pembelajaran Khusus :
Pelajar dapat mengklasifikasikan composer atau tokoh serta karya mengikut
zaman.
Konsep Muzik : Tekstur, Irama, Melodi, Ekspresi
Masa yang diperlukan : 80 minit ( 40 minit x 2 )
Prasyarat : Kemahiran asas penggunaan computer
Sinopsis : Contoh ini memberi panduan kepada pelajar bagaimana hendak mencari maklumat yang diperlukan berkaitan dengan muzik barat dengan
melayari internet.

Strategi Pembelajaran :
1. Perbincangan mengenai Sejarah Perkembangan Muzik Barat berdasarkn bacaan dan pendengaran(audio ).
2. Memberi penerangan bagaimana menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan berkaitan dengan muzik barat.
3. Menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan aplikasi ICT Microsoft Word ).

Kemudahan ICT yang Diperlukan :
• Komputer Berinternet yang dilengkapi dengan program Microsoft Word
TEKNIK INDIVIDU
Prosedur:
i. Klik pada ikon INTERNET EXPLORER seperti di bawah pada desktop.
ii. Setelah itu, paparan seperti di bawah akan muncul pada monitor.
iii. Akan terpapar di monitor Google. Taipkan MUSIC HISTORY atau SEJARAH
MUZIK dan klik GOOGLE SEARCH.
iv. Klik pada URL seperti di bawah untuk mencari maklumat yang dikehendaki
seperti Sejarah Perkembangan Muzik Barat, Komposer, Karya, Genre Muzik serta cirri-ciri muzik mengikut zaman.
• www.ipl.org/div/mushiest/
• www.satellite.one.net/musicology/
• www.geocities.com/muzik dunia/aMuzikBarat.html
• http://library.thinkquest.org/15413/history/music-history.htm
• www.mozartproject.org/index.htl
• www.empire.k12.ca.us/Capistrano/Mike/Capmusic/music_room/
themusic.htm
Read More...