21 October, 2008

PERMULAAN

Ini merupakan posting pertama aku dalam bloG diari tugasanku. Sebenarnya dah lama aku nak buat blog ni... tapi kerjaku banyak tertumpu pada kajian PhD yang terpaksa aku lalui. Tujuan aku membuat blog nipun kerana sekadar nak mencatat apa yang dah aku buat dan setakat mana progressnya kerja aku berkaitan dengan kajian yang sepatutnya dah separuh jalan. Pengajian aku ni dah bermula sejak 08.12.2007... Ini bermakna dah hampir setahun... Tapi proposalpun aku belum bentang lagi. Masih mencari... membaca... Rasanya bahan yang aku kumpulkan lebih kurang hampir setahun ni dah hampir mencukupi... Cuma nak menyusun saja lagi....
Aku dah beberapa kali berbincang dengan penyelia iaitu Dr. Hassan... dan nampaknya dia masih belum berpuas hati dengan progress aku... dia minta kalau boleh lagi 2 bulan untuk aku bentang proposal... So far... Proposal aku ada sedikit masalah pada Methodogi... Sampai sekarang aku cuba selesaikan... Insyallah rasa-rasanya hampir selesai... Tapi takut juga ... kalau-kalau ditolak oleh penyelia..
Berkaitan dengan kajian aku ni... dah banyak orang dah aku jak berbincang... Dr. Ahmad Suhaimi (Seni).. Dr. Mohd.Noor... Prof. Zaharul.. En. Azam Dungun... juga dengan kawan-kawan... Rata-ratanya berkeyakinan yang aku boleh habiskan kajian aku ni... Tapi kenapa lah pulak dengan aku nie... Kadang-kadang berasa tak yakin yang aku boleh selesaikan.. Lagi banyak aku berbincang... lagi kabur aku dibuatnya... Kalau nak dikira membaca... jangan cakaplah..... sampai nak rabun biji mata aku nie... Kalau berjaga tu... sampai ke pagi... Nak-nak bulan puasa hari tu... Dari pukul 11.00 malam jejak sampai ke sahur...

Entahlah... mudah-mudahan Allah permudahkan jalan yang pilih ni... Amin

0 comments:

Post a Comment