Podcasting adalah dari singkatan perkataan iPOD dan Brodcasting, dicantumkan bersama maka wujudlah perkataan Podcasting. Walaupun terdapat perkataan iPod didalam Podcasting ini tidak bermakna kita perlu mempunyai pemain MP3 iPod untuk mengalami konsep Podcasting. Teknik Podcasting ini wujud kerana terdapat keperluan untuk mendengar siaran radio melalui alat pemain MP3. Dengan menggunakan konsep Podcasting, rancangan radio yang terpilih boleh didengari melalui alat pemain MP3 sebaik sahaja ianya keudara. Bagaimana pula alat MP3 yang tidak ada keupayaan untuk menerima siaran radio boleh memainkan semula rancangan Radio? Memang ianya agak sukar untuk difahami pada mulanya, tetapi tidak perlu bimbang, apabila rancangan ini sampai ke penghujungnya, anda akan menjadi pakar didalam kosep podcasting ini. Berikut adalah huraian konsep Podcasting untuk lebih mudah difahami: 1. Podcasting adalah satu konsep dimana rakaman audio daripada siaran radio ataupun rakaman audio daripada mikrofon dirakamkan didalam format MP3 dan diletakan didalam server.
2. Satu fail diwujudkan didalam format xml didalam server untuk memberitahu perisian memuat-turun nama, lokasi fail dan juga maklumat tambahan yang boleh dipaparkan oleh perisian pemuat turun Podcasting. 3. Sebuah perisian yang dikenali sebagai "Podcatcher" diperlukan untuk memantau dan memuat-turun fail-fail MP3 yang telah dikenalpasti secara automatik. Terdapat beberapa perisian Podcatcher yang boleh digunakan. Diantara yang paling mudah adalah iTunes atau iPodder. 4. Perisian iTune boleh dimuat-turun di www.itune.com dan ipodder pula di ipodder.sourceforge.net. 5. Setelah memuat-turunkan perisian ini langkah selanjutnya adalah memasukkan alamat dimana kandungan podcasting sesuatu bahan atau rancangan radio boleh diperolehi. Alamat podcasting klfm adalah di http://podcast.kl.fm/infoict.xml. 6. Apabila alamat laman Podcast ini dimasukkan kedalam perisian Podcatcher tadi, kandungan yang terkini akan dimuat-turunkan kedalam komputer kita secara automatik sebaik sahaja ianya diwujudkan didalam server. 7. Apabila terdapat kandungan yang terbaru, kandungan tersebut akan dimuat-turun secara automatik terus kedalam komputer anda. 8. Apa yang boleh anda lakukan untuk langkah seterusnya adalah memindahkan kandungan rakaman Mp3 tersebut kedalam alat pemain MP3 atau menyalinnya kedalam CD untuk didengari dimana sahaja, pada bila-bila masa. Dengan teknik hebahan melalui Podcasting ini, pendengar tidak lagi perlu memnanti untuk mendengar siaran radio kegemaran mereka, sebaliknya siaran kegemaran mereka akan menunggu pendengar. Kita bincangkan teknik-teknik lanjut mengenai Podcasting ini esok di alamat Podcasting yang sama.
Info ini penulis dapat dari http://infoict.dapat.com. Bahan-bahan di sini agak menarik juga untuk dijadikan rujukan
22 October, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment