22 October, 2008

MENYEDIAKAN KERTAS PEPERIKSAAN

Kini terdapat perisian yang boleh membantu guru-guru menyediakan kertas soalan dengan lebih mudah dan teratur. Perisian ini dinamakan Exam View, ianya boleh dimuat-turunkan di www.fscreations.com.

Perisian ini dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan tanpa perlu menyusunnya satu persatu menggunakan Word atau Excel. Guru hanya perlu menaipkan soalan didalam ruang yang disediakan dan jawapan yang betul, perisian ini akan secara automatik menyusun soalan mengikut susunan yang dikehendaki.

Oleh kerana semua soalan disimpan didalam bentuk database maka, pemilihan soalan yang hendak dicetak boleh dipilih secara rambang. Selain soalan boleh dicetak ianya juga boleh dihasilkan sebagai laman web untuk penuntut menjawabnya secara online

0 comments:

Post a Comment