Perkembangan teknologi telah mewujudkan peluang terhadap kaedah pembelajaran, pengajaran dan juga penilaian. Penggunaan weblog sebagai mekanisme kepada guru-pelajar, guru-guru dan pelajar-pelajar mengenai kewujudan salah satu kaedah komunikasi. Peningkatan terhadap penggunaan Internet masakini telah menyebabkan pelbagai kemudahan yang wujud seiring dengan keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi. Peningkatan infrastruktur berkaitan dengan era digital ini menjadikan sistem pendidikan di negara ini khususnya semakin mencabar dari segi perkembangan dalam sistem pendidikan. Apa yang penulis ingin sentuh di sini ialah dari konteks penggunaan weblog pendidikan Blog merupakan Online Diary,dan boleh menyumbang ke arah komunikasi diantara pengajar dengan orang yang diajar. Tambahan pula, dalam penggunaan blog ini pula mekanisme tindakbalas (respond)menjadikan sistem ini hidup dan berkembang..(melalui komenter). Oleh itu penggunaan blog amat menyokong komunikasi antara diantara pelajar dengan guru. Selain itu perkongsian idea dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan melalui isu-isu mengikut pemfokusan. Peningkatan kemahiran berkomunikasi amat jelas apabila blog dijadikan sebagai medium intrument. |
29 October, 2008
PENGGUNAAN BLOG SEBAGAI INTRUMENT DLM P&P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment