29 October, 2008

SUMBER TERBUKA (OPEN SOURCE)


IT 1. Definisi
Sumber Terbuka atau Open Source merupakan satu inisiatif pelbagai individu dan organisasi yang percaya bahawa kod sumber perisian (source code) tidak sepatutnya dihalang daripada dikongsi di kalangan umum bagi tujuan keilmuan dan per-kembangan perisian itu sendiri. Kod sumber sepatutnya bebas (free) untuk dilihat, diambil untuk diubah supaya ia menjadi lebih baik dan kemudian disebarkan semula, dihormati hak pembinanya asalnya berdasarkan perlesenan sumber terbuka yang telah dipersetujui, disebarkan bagi tujuan keilmuan dan digunakan sepenuhnya oleh masyarakat tanpa sekatan perlesenan. Hasil kajian turut menunjukkan kaedah ini berjaya menghasilkan perisian yang lebih baik. http://www.geocities.com/linuxdotmy/). Di Malaysia selain daripada komuniti-komuniti bebas konsep ini turut terajui oleh Mimos. Maksud sumber terbuka yang lebih jelas boleh dirujuk di http://www.opensource.org/
2. Konsep Lesen
Sebelum sesuatu kod itu dianggap Open Source ia mestilah telah diluluskan oleh Open Source Initiative atau OSI. Sekiranya pengedaran sesuatu perisian itu memenuhi salah satu daripada bentuk lessen OSI maka layaklah ia dianggap “OSI Certified Open Source Software.” Untuk bacaan lanjut sila rujuk http://www.opensource.org/site_index.php.
3. Contoh beberapa lesen dalam kategori Open Source Software
a. GNU Public License (GPL) – Lesen GPL berasaskan projek GNU oleh Richard Stallman. Dinyatakan dengan jelas bahawa perisian yang dikeluarkan melaluinya mestilah diedarkan secara per*****a bersama dengan kod sumber.
b. Limited GNU Public License (LGPL) – Hampir menyamai GPL tetapi terdapat peruntukan yang membenarkan perisian bukan kod terbuka untuk menggunakannya secara komersial.
c. BSD-Style License –Lesen BSD berasal daripada Berkeley Systems Distribution, yang merupakan salah satu daripada flavor awal UNIX. Contoh lesen BSD ialah BSD License, Xfree86 License, dan Apache License.
d. Artistic License – Lesen Artistic dibangunkan untuk bahasa pengaturcaraan Larry Wall’s PERL.
e. Netscape Public License (NPL) dan Mozilla Public License (MPL) – Lesen ini dibangunkan untuk Netscape’s open source. Versi Open Source projek ini dinamakan Mozilla
f. Apple Public Source License (APSL) -
4. Kebaikan
a. Free
b. Kod boleh diperbaiki dan diubahsuai
c. Stabil
d. Boleh diedarkan secara bebas bersama kod sumber
5. Keburukan
a. Kurang nilai komersial (pendapat sesetengah pihak sahaja)
b. Kod sumber terdedah kepada semua yang dikhuatiri memudahkan aktiviti hacking
6. Tumpuan Kursus adalah terhadap aspek di bawah:
a. Pengenalan SuSe 10.1 Linux – alternatif kepada OS lain
b. Pengenalan Open Office 2.0
i. Text
ii. Spreadsheet
iii. Presentation

0 comments:

Post a Comment