02 December, 2008

BLOG, WEBLOG

Beberapa dekad yang lalu, kajian dalam pendidikan begitu terserlah dalam bidang teknologi pengkomputeran. Pemerhatian yang khusus dan perkembangan teknologi yang begitu drastik merupakan nilai tambah dalam keyakinan menggunakan teknologi sebagai satu alat dalam pendidikan. Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan laman web dalam mencari bahan-bahan elektronik, menggunakan email,  pesanan pantas (Instant Messenger), portal dan pelbagai lagi. Kelebihan dalam penggunaan Internet dalam pendidikan memang tiada kesudahan dan penghujungnya, di mana pelajar dan juga pendidik mempunyai pelbagai peluang dan kemudahan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Seringkali guru atau pendidik akan mencari sesuatu yang popular dan baru dalam dunia teknologi untuk digunapakai dalam pengajaran mereka. Ledakan teknologi yang baru ketika ini iaitu weblog dan lebih popular disebut blog.
                Populariti weblog di dalam 5 tahun kebelakangan ini tidak boleh kita nafikan. Mengikut Jeffry Henning dalam kajiannya pada tahun 2003, memperlihatkan pengwujudan laman blog baru melebihi daripada 600 peratus diantara tahun 2000 hingga 2003, dan beliau juga mendapati terdapat lebih dari 10 juta blog pada akhir tahun 2004. Dan tambahan pula Merriam Webster menyatakan perkataan blog merupakan “Word Of The Year 2004”.  Beliau juga telah mengistilahkan blog sebagai:
Blog noun[short for weblog] (1999): a Website that contain an personal journal with reflection,
  comments, and often hyperlinks provided by writer”
Carolyn Milledan Dawn Sherped dalam tugasnya di weblog menjadikan weblog sebagai genre, lebih terperinci dan berbentuk akademik. Katanya lagi, “weblog mempunyai banyak bentuk iaitu seperti tarikh pos, bermula dengan pos terkini, dan kebanyakannya menggunakan pautan. Weblog direka dalam bentuk post yang mana mempunyai masa, pautan tetap dan juga bahagian komen serta nama penulis. Ianya merupakan bahagian asas dalam weblog dan bergerak.
                Secara mudah, blog (ringkasan bagi weblog) adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian.  Perbezaan ketara blog dengan laman web biasa adalah, setiap kali mengemaskini atau memasukkan artikel/penulisan terbaru, yang terkini akan berada di atas dan yang lepas akan berada di bawah (reverse chronoligical order).
Selain itu, blog mudah untuk diuruskan atau diguna oleh sesiapa sahaja. Tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi, kerana untuk menggunakan blog, ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Sama seperti menggunakan perisian Microsoft Office. Hakikatnya blog juga adalah sebuah laman web yang perlu dikemaskini, diurus dan dijaga dengan baik. Namun, ciri-cirinya membuatkan ia berbeza dengan jenis laman web yang lain seperti laman web statik atau jenis CMS (Content Management System).

           Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari. Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.
Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.

0 comments:

Post a Comment