08 December, 2008

LITERATURE REVIEW @ TINJAUAN/SOROTAN LITERATUR


Kepada mereka yang pernah membaca atau membuat kajian, tinjauan literatur (LR) merupakan satu kompenan yang sangat penting dalam menentukan halatuju kajian. Mengikut Chuan Yan Piaw (2006) LR didefinisikan sebagai rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperolehi maklumat, yang bberkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan.Tujuan utama LR ini ialah meletakkan kajian yang akan dijalankan pada perspektif saintifik dan membantu pengkaji untuk menghubungkaitkan kajian dengan badan pengetahuan (Body of Knowledge)
Dengan LR ini, ia dapat mengelakkan pengkaji daripada membuat penyalinan iaitu membuat kajian yang sama dengan kajian lepas tanpa memperbaiki, memperbetulkan atau mengulangi kesilapan kajian lepas. 
Komponen Utama Dalam LR
1. Maklumat mengenai teori
2. Maklumat mengenai reka bentuk kajian
3. Kaedah mengumpul dan analisis data
Memulakan LR   
1. Rujuk Perpustakaan
2. Buku-buku ilmiah berkaitan
3. Perkhidmatan antara perpustakaan
4. Perkhidmatan pinjaman antara universiti
5. Program pencarian maklumat (online)
6. Mikrofilem
7. Jurnal penyelidikan
8. Tesis dan disertasi
9. Internet

P/S: Sambungan......

0 comments:

Post a Comment