PEMANDANGAN kelihatan seperti waktu senja di sebuah stesen kereta api yang sibuk. Barisan gerabak menunggu penumpang yang mundar-mandir di platform atau membeli makanan ringan di kiosk berhampiran. Namun hakikatnya, pemandangan itu adalah set kereta api terbesar dunia yang dibina dua adik-beradik kembar selepas menghabiskan masa sembilan tahun dan membelanjakan RM42.35 juta. Landasan kereta api sepanjang 9.6 kilometer itu bergerak melalui beberapa bandar dan pemandangan terkenal dunia — dari kawasan pergunungan Switzerland hinggalah ke hotel and kasino di Las Vegas. Taman diberi nama ‘Miniatur Wunderland’ itu bergerak melalui enam kawasan, termasuk Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Scandinavia, Jerman dan Pergunungan Alps Austria. Di kawasan AS, model Pergunungan Rocky, Everglades, Cape Canaveral dan Grand Canyon begitu halus dan nyata. Manakala di Switzerland, Gunung Matterhorn gah berdiri setinggi enam meter daripada set miniatur itu. Kembar, Gerrit dan Frederik Braun, 41, dari Hamburg memutuskan untuk membina model itu dengan menambah 4,000 kereta bergerak, 160,000 patung dan juga pelbagai jenis pengangkutan lain. Satu muzik festival turut berlangsung di Switzerland dan satu pemandangan polis menangkap penjenayah turut melengkapi model itu. Kembar Gerrit bagaimanapun menyatakan, projek mereka itu belum siap sepenuhnya dan hanya akan sempurna pada 2014. “Ia bukan hanya model tapi dunia yang menjemput pengunjung untuk berkhayal,” kata Frederick. Gerrit pula menyatakan, mereka ingin membina dunia yang dikagumi bukan saja kanak-kanak, tapi juga orang dewasa. “Kami sentiasa bersedia untuk menyahut sebarang cabaran, tidak kira betapa sukar untuk memulakannya. Dengan sikap itu kami akhirnya berjaya menghasilkan sesuatu yang mengagumkan pengunjung,” katanya. Model itu menggunakan jumlah yang sukar diterima akal. Ia mengandungi 700 kereta api dan 10,000 gerabak, Kereta api terpanjang berukuran 46 kaki dan semuanya dikawal oleh pusat kawalan khas. Model itu turut menggunakan 900 lampu isyarat, 2,800 bangunan, 4,000 kereta dan 160,000 individu yang direka khas. Kira-kira empat tan besi digunakan untuk membangunkan pemandangan yang menakjubkan ini dan juga 698 kilogram rumput tiruan. Manakala 250,000 lampunya pula dipasang dengan sistem automatik yang akan menyala dan padam mengikut kitaran malam dan siang. Keseluruhan, projek ini memakan masa 500,000 jam dan membelanjakan dana kira-kira RM42.35 juta. “Segalanya mungkin di Wunderland, sama ada berjudi di Las Vegas, menaiki Alps atau bersampan di Norway. “Dunia ini bagaimanapun akan terus membesar dan anda boleh alami pengalaman malam dan siang di wilayah berbeza dalam tempoh hanya beberapa jam. “Ini bukan hanya satu model kereta api, tapi dunia yang menjemput pengunjung melihat dan menempuh pengalaman berbeza. “Ia memberi gambaran mengenai kepelbagaian pandangan dan membuka peluang kepada pengunjung menilai dunia kita daripada perspektif yang berbeza,” kata Frederik. Miniatur Wunderland dibina berhampiran Sungai Elbe di Speicherstadt di Hamburg, Jerman. |
Read More...
20 March, 2009
MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK
Alhamdulillah ... baru-baru nie, Masjid Lama Kg. Air Baruk berjaya menganjurkan majlis Maulidul Rasul... Rasanya.. setiap tahun Kg. Air Baruk nie memang tak terlepas menyambutnya. Ucapan tahniah kepada AJK Masjid Kg Air Baruk.. terutamanya En.Aizzuddin Ali (Kalau kat kampung panggil Cikgu Atan) sebagai Pengerusi Masjid Lama... Sejak dihidupkan semula masjid ini beberapa tahun kebelakangan ini.. Suasana kampung memang nampak berubah.. aktiviti-aktiviti keagamaan telah banyak disusun oleh AJK dan sambutan sangat menggalakkan. Mudah-mudahan ianya berterusan dan diharap ramai lagi warga kampung dan juga mereka yang berdekatan dapat sama-sama mengimarahkan masjid ini.. Amin |
10 March, 2009
Phantom of the Opera 1989 Erik Destler's Don Juan Triumphant
Sebenarnya dah hampir 3 minggu penulis cuba untuk menulis untuk menyiapkan proposal, tapi nampak gayanya semakin buntu....Entah apa yang tak kena... Tiba-tiba teringat pula cerita Phantom Of The Opera Version..MAsa tu masih belajar kat MPIK Tahun 1989.... Penulis tengok filem ni kat panggung wayang di KL (Lupa nama Panggung).. Jalan kat Petaling Street. Satu babak yang paling best dalam "The Phantom of the Opera" Lakonan Robert Englund (aka Freddy Kruger)membawa watak Erik Destler.. Cerita ni bermula dari tahun 1910 oleh Gaston Leroux lagi... cuma upgrade version je.. Ia kisah mimpi ngeri dalam Elm Street's Robert Englund. Christine DaaƩ seorang penyanyi ophera dari New York City. Beliau datang untuk diuji bakat untuk persembahan dan mendapat sebuah lagu lama yang hampir 100tahun dicipta oleh pemuzik yang bernama Erik Destler. Kematian Drestler merupakan suatu mimpi yang ngeri. Ketika Christine menyanyi lagu tu semasa diujibakat.. tiba-tiba sebuah beg pasir jatuh dari siling panggung mengenai beliau.. dan dari situlah bermulanya flashback cerita berlaku sekitar 1881, di mana beliau menjadi penyanyi opera yang terkenal London Opera House.Beliau dilatih oleh Drestler yang penuh misteri.. |
03 March, 2009
PERISIAN DEEP ZOOM COMPOSER & SEADRAGON
Deep Zoom Composer merupakan software yang berkaitan dengan grafik atau pun photo. Penulis baru saja menguji perisian ini... Nampaknya menarik juga...Anda boleh menggunakan icon yang terletak dibahagian atas penjuru kiri (Zoom in, zoom out, Full Screen View) ataupun menggunakan mouse roller. Dan yang paling penting bagaimana hendak menggunakan perisian ini dalam membantu P&P berdasarkan penggunaan blog sebagai platform.
Dan satu perisian yang kaedahnya lebih kurang sama dengan FotoZoom ialah SeaDragon. Sebenarnya kedua-dua perisian mempunyai ciri yang serupa dan saling berkait.. Di bawah ini merupakan contoh penggunaan perisian SeaDragon.
Klik gambar untuk Zoom-In dan mouse roller untuk Zoom-out Read More...
Dan satu perisian yang kaedahnya lebih kurang sama dengan FotoZoom ialah SeaDragon. Sebenarnya kedua-dua perisian mempunyai ciri yang serupa dan saling berkait.. Di bawah ini merupakan contoh penggunaan perisian SeaDragon.
Klik gambar untuk Zoom-In dan mouse roller untuk Zoom-out Read More...
Subscribe to:
Posts (Atom)