Alhamdulillah ... baru-baru nie, Masjid Lama Kg. Air Baruk berjaya menganjurkan majlis Maulidul Rasul... Rasanya.. setiap tahun Kg. Air Baruk nie memang tak terlepas menyambutnya. Ucapan tahniah kepada AJK Masjid Kg Air Baruk.. terutamanya En.Aizzuddin Ali (Kalau kat kampung panggil Cikgu Atan) sebagai Pengerusi Masjid Lama... Sejak dihidupkan semula masjid ini beberapa tahun kebelakangan ini.. Suasana kampung memang nampak berubah.. aktiviti-aktiviti keagamaan telah banyak disusun oleh AJK dan sambutan sangat menggalakkan. Mudah-mudahan ianya berterusan dan diharap ramai lagi warga kampung dan juga mereka yang berdekatan dapat sama-sama mengimarahkan masjid ini.. Amin |
20 March, 2009
MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment