22 May, 2009

Pembelajaran Melalui Refleksi - Weblog Sebagai Platform



Menurut Ng Land dan Thye (2004), guru yang professional biasanya menjadikan refleksi sebagai amalan pengajaran mereka melalui pemikiran kritikal. Menurut Dewey (1993), pemikiran reflektif  ialah “the kind of thinking that consist of turning subject over in the mind and giving it serious and consecutive consideration” (p.3). Burnet dan Lingam menyatakan refleksi secara kritikal membantu guru dan pentadbir memikirkan semula tujuan pendidikan dan membentuk semula mengikut keperluan pelajar. Brandt (2008) juga menyatakan apabila refleksi dan maklumbalas disepadukan dalam bentuk perbualan antara guru dan pelajar, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dalam mempraktikkan refleksi ini. Sockman dan Sharma (2008) menunjukkan bahawa melalui kaedah refleksi maklum balas, refleksi penulisan dan pembacaan jurnal, guru seharusnya tidak ada halangan bagaimana melakukan transformasi dalam  strategi pengajaran. Oleh itu penggunaan refleksi bukan hanya boleh dipraktikkan malahan boleh memberi maklumat tentang keperluan dan garis panduan mengenai perancangan, matlamat dan keperluan terkini.

            Menurut Liou (2001), proses refleksi termasuklah tindak balas pemikiran (reflective thinking) dan penilaian kendiri (self-examination) semasa atau selepas pembelajaran. Bailey, Curtis dan Nunan (2001) membahagikan amalan refleksi kepada 2 iaitu refleksi dalam tindakan (reflection in action) dan refleksi ke atas tindakan (reflection on action). Refleksi dalam tindakan ialah di mana guru secara berterusan menilai proses pengajaran supaya bersesuaian dengan kaedah pedagogi yang digunakan, manakala refleksi ke atas tindakan pula ialah guru merancang proses pengajaran terlebih dahulu dan menilai proses pengajaran beliau selepas itu. Refleksi secara kritikal adalah berbeza dengan refleksi biasa, kerana ia merujuk kepada bagaimana guru belajar untuk mencabar kepercayaan dalam pengajaran mereka melalui analisis kritikal kendiri (Critical self-analysis) dan menjadikan guru lebih bertanggungjawab ke atas tindakan mereka (Korthagen, 1993; Sockman & Sharma, 2008). Pengalaman dalam mempraktikkan refleksi secara kritikal menjadikan guru mengembangkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap diri sendiri dan pelajar. Liou (2001), mengungkapkan refleksi secara kritikal akan  meningkatkan tahap kesedaran tentang pengajaran dan memacu ke arah perubahan yang positif.

            Walau bagaimanapun, refleksi secara kritikal tidak akan dapat dipraktikan sekiranya tidak diambil peluang untuk menggunakannya.  Penggunaan blog di dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai satu platfom untuk mempraktikkan refleksi secara kritikal supaya guru dan pelajar mendapat manfaat dan seterusnya meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar.
Rujukan
Bailey, M. K., Curtis, A., & Nunan, D. (2001). Pursuing professional development: the self as source, Boston: Heinle & Heinle.
Burnett, G., & Lingam, G. I. (2007). Reflective teachers and teacher educators in the Pacific region: Conversations with us not about us. Review of Education, 53, 303–321.
Brandt, C. (2008). Integrating feedback and reflection in teacher preparation. ELT Journal, 62 (1), 37–46.
Dewey, J. (1933). How we think, New York: DC Heath.
Korthagen, F. (1993). Two modes of reflection. Teaching and Teacher Education, 9, 317–326. Kozma, R. (1991). Learning with media. Review of Educational Research, 61 (2), 179–211.
Lester, N. B., & Mayher, J. S. (1987). Critical professional inquiry. English Education, 19 (4), 198–210.
Liou, H. C. (2001). Reflective practice in a pre-service teacher education program for high school English teachers in Taiwan, ROC. System, 29, 197–208.
Ng, P. T., Lan, L. K., & Thye, J. T. (2004). Developing reflective teachers: The experience of two modules in the teacher training programme at the National Institute of Education, Singapore. Asia Pacific Education Review, 5 (2), 200–206.
Sockman, B., & Sharma, P. (2008). Struggling toward a transformative model of instruction: It’s not so easy! Teaching and Teacher Education, 24 (4), 1070–108


Read More...

10 May, 2009

Muat Turun Lagu Tema Hari Guru 2009








GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Muat Turun Lagu Di Bawah ini: (Sila Klik Judul Lagu)

Ehsan: MOE
Atau anda boleh turun ke link di bawah ini:



Read More...

07 May, 2009

Penggunaan Blog Dalam Subjek P.Muzik




Dalam era dunia tanpa sempadan dan e-knowledge ini pengajaran dan pembelajaran di IPGM perlu meniti arus perdana. Pendidikan muzik masa kini harus disesuaikan dengan kemajuan ICT dan keperluan semasa. Selain daripada pembelajaran muzik secara konvensional dengan penekanan kepada seni muzik per se, pelajar/guru pelatih harus didedahkan kepada aspek penggunaan Internet yang berasaskan Web 2.0. Cadangan ini diharap dapat memberi persediaan secukupnya kepada guru pelatih secara amnya untuk menghadapi dunia pendidikan sebenar apabila mereka melangkah keluar dari menara ilmu kelak. Bagi Pendidik Muzik khususnya, mereka bukan hanya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran muzik malahan kaedah pengajaran juga haruslah seiring dengan kederasan teknologi.
Kaedah kuliah dengan penggunaan media pengajaran yang minimum  iaitu edaran bahan bercetak sahaja menimbulkan kebosanan dikalangan guru pelatih.  Ini menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa pengajaran pensyarah dan seterusnya ketinggalan dalam memahami isi pelajaran pada masa tersebut. Di dalam subjek seperti Muzik Malaysia misalnya, terdapat 2 disiplin yang perlu guru pelatih ikuti iaitu teori dan amali.  Subjek yang berasaskan teori memang menjemukan pelajar/guru pelatih apatah lagi kaedah yang digunakan tidak disertakan dengan bahan-bahan yang berasaskan multimedia dan ini akan menambahkan kebosanan guru pelatih.
Di dalam objektif yang ditetapkan dalam subjek MZU 3132 Muzik Malaysia, ia memerlukan kemahiran berfikir peringkat tinggi ataupun HOTS (High Order Thinking Skill). Kemahiran berfikir peringkat tinggi  ( HOTS ) dan penaakulan perlu dikembangkan melalui pengajaran penyelesaian masalah, iaitu sebagai satu topik dalam pengajaran dan juga penggunaan pedagogi dalam penyelesaian masalah semasa mengajar. Oleh yang demikian pemikiran kritis , kreatif dan penyelesaian masalah merupakan aspek pembelajaran guru pelatih yang perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Laporan daripada Curriculum and Evalution Standards for School (1989), menekankan keperluan untuk mengajar kemahiran berfikir peringkat tinggi dan kepada pelajar/guru pelatih bersama-sama dengan penyelesaian masalah. Dalam subjek Muzik Malaysia (MZU3117) kemahiran ini amat diperlukan berdasarkan hasil pembelajaran ditetapkan seperti, menganalisis, mengaplikasi, mensentesis dan menilai (elemen yang ada dalam HOTS). Ini amatlah bersesuaian dengan penggunaan weblog sebagai alat memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek ini kerana ianya mempunyai ciri-ciri tersebut.
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru/pensyarah  biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan (content)  dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru/pensyarah hanyalah ke arah menyediakan pelajar/guru pelatih untuk menduduki peperiksaan pada setiap akhir semester.  Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar/guru pelatih samada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.
Sehubungan dengan itu, pelajar/guru pelatih haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar/guru pelatih harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah penggunaan weblog yang bercirikan mutlimedia dan berasaskan PBL mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar/guru pelatih dalam kursus MZU3112 Muzik Malaysia.
Kaedah-kaedah dan modul pembelajaran yang digunapakai sekarang ini agak kurang berkesan. Memang terdapat penggunaan teknologi dalam pendidikan muzik khususnya subjek Muzik Malaysia (MZU3117) seperti perisian multimedia berasaskan CD-Rom. Penggunaan Perisian Multimedia yang berasaskan CD-ROM misalnya merupakan kaedah yang baik tetapi ianya agak terhad dan sudah dipakejkan. Apabila diulang-ulang guru pelatih sudah dapat mengagak apa yang berlaku selepas itu. Interaksi hanya berlaku diantara pelajar dengan perisian sahaja dan ini tidak mencabar daya pemikiran Guru Pelatih itu sendiri. Oleh itu, jika ada perubahan dari segi kandungan, perisian CD-ROM itu perlu dinaiktaraf dalam ertikata lain ialah memerlukan peningkatan versi dan ianya melibatkan kos dan memakan masa.
Dewasa ini pergantungan terhadap teknologi dan juga berlakunya ledakan maklumat amat diperlukan seperti kuasa untuk menaakul, berfikir dan penyelesaian masalah sangat ketara dan kritikal. Keadaan ini menyebabkan tugas bagi semua pendidik di peringkat sekolah dan IPT khususnya di Malaysia semakin mencabar dan bagi program Pendidikan Muzik di IPG khususnya perlu mengambil perhatian yang sewajarnya mengenai perkara ini.
Penggunaan modul sedia ada hanya melibatkan komunikasi sehala dan hanya melibatkan penggunaan grafik yang minimum.  Mana-mana arahan aktiviti yang sukar difahami, pensyarah terpaksa menerangkan semula kepada guru pelatih berkenaan.  Oleh kerana pelaksanaan modul adalah mengikut kemajuan guru pelatih, kemungkinan pensyarah terpaksa memberi penerangan bahagian arahan aktiviti yang kurang difahami guru pelatih berulang kali kepada individu yang berlainan.  Ini sudah tentu memenatkan pensyarah.  Guru pelatih pula tidak dapat meneruskan aktiviti sehingga mendapat penerangan dari pensyarah.  Keadaan menjadi lebih teruk lagi sekiranya pada masa yang sama terdapat ramai guru pelatih yang memerlukan bantuan pensyarah.  Banyak masa dibazirkan dengan menunggu penerangan pensyarah.   
                Sebanyak 4 jam dalam seminggu yang diperuntukkan dalam jadual waktu untuk subjek Muzik Malaysia adalah tidak mencukupi untuk mempelajari setiap objektif pembelajaran yang telah digariskan. Terdapat pelbagai topik dan tajuk perlu dihabiskan termasuklah menghasilkan portfolio dan amali  yang memerlukan kemahiran berfikir dan kemahiran bermain alat dalam jangka waktu yang singkat.  Ini ditambah lagi dengan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dari segi kekangan masa seperti terlibat dengan program-program luar yang menjejaskan jam waktu kuliah.  Oleh itu pendekatan penggunaan weblog sebagai alat bantuan mengajar diharap dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek MZU 3117 Muzik Malaysia.

Read More...

Teori Konstruktivisme



Secara perspektifnya teori konstruktivis kognitif ini, pembelajaran dianggap satu proses aktif yang melibatkan memperoleh pengetahuan baru dan mengubahsuai pengetahuan sedia ada. Menurut Piaget (1967), penyesuaian merupakan fungsi yang mengawal semua perkembangan manusia, termasuk pembelajaran. Penyesuaian dikatakan berlaku melalui dua proses asas iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses memadankan pengetahuan baru ke dalam skema sedia ada manakala akomodasi adalah pengubahsuaian skema buat sementara waktu atau secara tetap. Kedua-dua proses ini dianggap penting dalam mengurangkan sebarang konflik kognitif yang mungkin wujud lalu membawa kepada pembelajaran yang berguna.
Dari perspektif teori konstruktivis sosial pula, interaksi sosial dapat mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar (Vygotsky, 1978). Ini disebabkan apabila berlakunya interaksi sosial, seseorang pelajar dipaksa memasuki zon perkembangan proksimal iaitu pelajar diberi peluang mencapai potensi perkembangan mental yang wujud sama ada dengan bimbingan seorang dewasa atau melalui kolaborasi dengan rakan-rakan sebaya yang lebih matang inteleknya. Alat-alat psikologi serta komunikasi interpersonal dikatakan menolong menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi.
Menurut Phillips (1995), terdapat tiga ciri utama pada seseorang pelajar konstruktivis iaitu bersifat aktif, sosial dan kreatif. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran yang bersifat aktif mungkin membolehkan seseorang pelajar mengingati dan memahami pelajaran dengan lebih baik serta dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh dengan aktif. Pembelajaran yang bersifat sosial pula dikatakan biasanya memupuk pembelajaran manakala pembelajaran yang bersifat kreatif memberi semangat belajar kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami pelajaran dengan lebih mendalam (Perkins, 1999). Ini selaras dengan pendapat Confrey (1990) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar konstruktivis serba sedikit sedar akan proses pembinaan pengetahuan dan dapat mengubah/meminda proses tersebut melalui refleksi yang disedari oleh diri sendiri. von Glasersfeld (1995) turut percaya bahawa pembelajaran bukan fenomena yang melibatkan rangsangan-gerak balas; malah ia memerlukan kawalan kendiri dan pembinaan struktur-struktur konseptual melalui proses refleksi dan abstraksi.
Menurut teori keluwesan kognitif yang dikemukakan oleh Spiro dan Jehng (1990), “keluwesan kognitif” merujuk kepada kebolehan untuk menstruktur semula pengetahuan secara spontan dalam banyak cara, sebagai tindak balas penyesuaian terhadap tuntutan

yang berubah secara radikal mengikut keadaan/situasi. Keluwesan kognitif ini bergantung kepada cara pengetahuan diwakili dan proses yang beroperasi berdasarkan perwakilan mental tersebut. Perhimpunan skema (schema assembly) dititikberatkan berbanding pemerolehan semula sesuatu skema secara bulat (intact schema retrieval). Dari itu, bukan sahaja pemahaman dibina dari pengetahuan sedia ada, tetapi pengetahuan sedia ada juga dibina bersesuaian dengan tuntutan pembelajaran. Unsur penting adalah penggunaan semula pengetahuan sedia ada secara luwes. Seseorang pelajar dapat memahami sesuatu yang baru dengan memperolehi semula dan menghimpun skema-skema yang berkaitan dengan situasi pembelajaran untuk membina pengetahuan baru.
Teori keluwesan kognitif berfokus kepada pembelajaran di mana domain pengetahuan adalah kompleks dan kurang berstruktur (ill-structured) (Spiro, Coulson, Feltovich dan Anderson, 1992). Teori ini dengan sengajanya menyediakan pelbagai perspektif atau tafsiran isi kandungan yang ingin diajar. Metafora “silang-menyilang pemandangan pedalaman” atau “thematic criss -crossing” diguna pakai kerana pelajar digambarkan silang-menyilang intelek domain pengetahuan dengan meninjaunya dari pelbagai perspektif atau melalui pelbagai tema.
Teori ini memberi model konseptual untuk mereka bentuk persekitaran pembelajaran untuk menyokong pemerolehan pengetahuan pada peringkat lanjutan. Ia memberi penekanan kepada konteks pembelajaran kerana ia menganggap maklumat yang diperoleh dalam konteks dunia nyata lebih senang disimpan. Juga, ini menghasilkan pembelajaran yang lebih generatif, pada aras yang lebih tinggi serta lebih bermakna. Apa yang dipelajari dapat dipindahkan dengan lebih meluas dan lebih jitu (Spiro et al., 1991).

Read More...

03 May, 2009

Quotation: High Order Thinking Skills (HOTS)




Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi {higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks. HOTS biasanya digunakan oleh pelajar-pelajar gred 3-7 (grades 3-7) dan memfokus pada pelajar yang lemah. Masa penggunaan program ini ialah selama tiga puluh lima minit setiap sesi, empat hari setiap minggu untuk dua tahun. Pelajar menggunakan program ini dalam makmal komputer.
Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.



An important facet of developing higher order thinking skills is the ability to reflect on the learning experience and incorporate new knowledge with pre-existing knowledge. Although the importance of reflection is well documented , it is rarely supported as it is internalised by the student often without the instructor being aware of the process (Laurillard, 1995). Teacher oriented classes provide the least amount of time for reflection, but self-paced, resource-based instruction, such as multimedia, is capable of promoting the links between conceptual and experiential learning. This can be achieved by building in a variety of scenarios that offer alternatives to students, giving them choices from which to change their understanding of a concept whilst being able to relate it to their own world. An example of this would be the fact that students are able to get the same information from a variety of sources, such as the telephone, television, on-line experts, the tutorials and the broker. In this way, students learn to sift the relevant from irrelevant information and can relate new information to real world situations. Students also showed that they were keen to draw upon their own experience and knowledge, by talking about topical events.
Traditional teaching often employs a lock-step approach to the acquisition of skills, with lower order skills being taught first. There is a belief that lower order skills are prerequisites to higher order skills and that mastery of lower order skills automatically leads to higher order skills. In fact, lower order and higher order skills can be taught concomitantly, with students mastering both levels as they apply their learning, rather than learning the skills, practicing and then applying them. This prevents skills from being learned in isolation and students having to relearn how to apply them to real world tasks. The students are active in the learning process, applying problem-solving in context which, in turn, aids in the acquisition of skills, giving the students a reason to learn and helping them to learn.
Kelman (1989) identifies higher-order thinking skills as one of the instruc­tional areas that could be improved by using the computer. Salomon (1990) concludes that for the computer to be an effective classroom tool, "most every-thing in the classroom needs to change in a way that makes curriculum, learn­ing activities, teacher's behavior, social interactions, learning goals, and evalua­tion interwoven into a whole newly orchestrated learning environment" (p. 51).
Read More...