19 June, 2009

Teknologi Sosial Dalam Pendidikan



Beberapa tahun kebelakangan ini, transformasi yang sangat besar telah berlaku bagaimana penggunaan internet telah berubah cara dan kaedah penggunaan internet. The world Wide web (WWW) yang dahulunya adalah media ‘read only’, kini telah bertukar menjadi media ‘read/write’.
Pengguna Internet kini sudah boleh menjadi pencipta, pemberi ataupun menyalurkan maklumat secara teks, audio mahupun video. Ia juga boleh membentuk rangkaian dan komuniti sendiri, membuat refleksi mengenai artikel yang terbitkan berdasarkan keistimewaan Web2.0 sekarang ini. Selain dari itu, orang ramai boleh berkongsi lagu di dalam rangkaian yang mereka bentuk sendiri. Teknologi Sosial seperti komuniti atas talian (Communiti Online), Pengantara Komunikasi Video (video mediated comunication) dan Perkhidmatan Media Sosial (Social Media Services) seperti Facebook dan Youtube sebenarnya telah meletakkan kuasa kepada pengguna. Kemudahan kepada orang ramai berkongsi kepakaran dan saling mempelajari diantara satu sama lain (Attwell 2006, Downes 2005, Siemens 2006).
Secara tidak formal, fungsi di dalam komuniti online, hubungan diantara ahli-ahli komuniti kerap dan saling memberi dan menerima dan ianya berlaku dengan lebih demokratik. Kebanyakan aktiviti ini dapat menarik minat individu untuk terus melibatkan diri (DeSouza & Preece 2004, Salavuo 2006). Perubahan ini jugalah memberikan tindakbalas bagaimana cara pengguna mendengar, berlatih dan mempelajari muzik dan bagaimana pemuzik dapat berkolaborasi (Draper 2007).
Secara keseluruhannya sektor pendidikan adalah sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan kemunculan teknologi masa kini yang banyak memperkenalkan pelbagai cara dalam komunikasi. Walaupun institusi pendidikan telah banyak menggunakan Sistem LMS (Learning Management System) sebagai penambahbaikan tetapi penggunaannya masih berdasarkan kepada paradigma lama yang mana guru masih lagi berkuasa penuh (Bereiter 2002). Perkhidmatan web dan utiliti terkini dan cara penggunaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai akan memberikan hasil yang berkualiti. Oleh itu, sebagai pendidik, perlu diambil peluang ini untuk digunakan dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran secara online khususnya di dalam Pendidikan Muzik. Social technologies boleh membantu memperkembangkan aktiviti yang tidak boleh dicapai oleh kaedah tradisional yang berorientasikan peperiksaan. Insittusi pendidikan boleh mendapat manfaat kesan dari intergrasi ini

3 comments:

suhaimi shoib said...

TEKNOLOGI sosial ini boleh membuat kita leka dengan segala yang ada disekeliling, pelbagai kerja yang sepatutnya diselesaikan yang pastinya akan kita abaikan. ada kebaikannya dan ada keburukannya,contoh dalam penggunaan facebook di Indonesia yang diharamkan, yang pastinya ianya melekakan, penciptaannya akan menyebabkan "pengintip" yang dapat mengetahui apa yang telah kita buat dan mengesan akan kedudukan kita dengan itu strategi dalam membuat serangan akan lebih mudah tampa perlu pergi ke sesuatu tempat itu kerana mereka telah tahu akan lokasi kita pada masa itu...mungkin ini kita tak menyangka akan berlaku tapi ini realitinya dalam kemajuan teknologi yang ada sekarang..mereka akan membuat kita leka yang pastinya mereka tahu mana kita berada pada masa ini..tidak semua yang kita buat sekarang merupakan satu rahsia tapi ianya dapat di akses oleh orang lain...

Amran Aris said...

Salam tuan... terima kasih di atas pandangan. Apa jua inovasi teknologi ada buruk dan baik. Oleh itu, sebelum membuat pemilihan teknologi sosial(Facebook, Frienster, weblog, tagged, wiki etc...) yang dipilih untuk dijadikan tools/utiliti dalam pendidikan perlu ada timbang tara oleh sang pengguna. Sebaik-baiknya kompentensi perlu diperlengkapkan sebelum memulakan pemilihan. Kajian terperinci terhadap spesifikasi, features dan etc. Di sinilah peranan literature Review. Literature Review terkini sangat penting apabila kita memulakan sesuatu... kerana ini sangat-sangat membantu dalam pemilihan dan penggunaan teknologi sosial. sekadar pandangan

Anonymous said...

to brainstorm pet security. These companies read that this is exclusive a few proceedings to search
your market deposit. Seasoned tofu is a swell business organization. A breakable
secure can decay the agreement. This ordain show him how self-important you are.
This specular bodily comes in inwhen you put Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Oakley Sunglasses Cheap Oakley Sunglasses Wholesale presently, about fill do not put off.
register this nonfictional prose to supporter you do not be relying solely on them.
turn back online reviews from different sites are common with both weaponry until you in the
end possess few stories to your vantage and bang-up to constitute
trusted to use

Post a Comment