Aplikasi Microsoft Office seperti perisian Word banyak membantu dan memudahkan penulisan ilmiah. Setiap tugasan yang dibuat difail, disusun dan disimpan mengikut kehendak pengguna@user. Tetapi adakalanya features atau keistimewaan yang ada pada perisian tersebut tidak digunakan seperti yang sepatutnya… Penulis baru menyedari tentang penggunaan Document Map (daripada sahabat penulis) yang terdapat dalam Microsoft Office Word sebenarnya banyak membantu meringankan beban semasa penulisan, penyuntingan dan pencarian dalam membangunkan kajian ilmiah.
Penggunaan Document Map memudahkan kita mengesan kedudukan dan lokasi bab-bab dan tajuk-tajuk dengan begitu cepat. Begitu juga dengan kemudahan yang terdapat pada Table Of Content (TOC) mempunyai keistimewaan yang sama seperti Document Map (DM).
Di bawah ini merupakan 2 contoh tutorial yang boleh dijadikan panduan bagaimana hendak memula dan membuat Document Map dan Table Of Content
Selain daripada itu terdapat artikel-artikel, video dan penulisan yang dapat membantu penggunaan DM dan TOC ini. Sila klik link di bawah ini.