Di sini penulis memancangkan keratan video yang diperolehi dari David Truss mengenai penggunaan weblog dalam pendidikan.
- Apakah faedah/manfaat yang diperolehi oleh pendidik/pelajar apabila weblog digunakan dalam pendidikan?
- Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar/pendidik dari kompentensi dan bagaimana ianya dapat diselesaikan?
- Adakah penggunaan weblog ini dapat menarik minat pelajar atau meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran mereka?
- Bagaimana pendidik dapat menggunakan pendekatan/kaedah pedagogi melalui penggunaan weblog dalam P&P?
29 September, 2009
Penggunaan Blog Sebagai Persekitaran Pembelajaran
Terdapat pelbagai kaedah p&p yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan teknologi, pendidik perlu mengambil peluang bagaimana kita mampu mengadaptasikan teknologi untuk memudahkan penyampaian dan seterusnya manfaat dapat diberikan kepada pelajar. Penulis banyak membaca artikel-artikel dari Sue Water yang banyak menerbitkan artikel-artikel mengenai penggunaan blog dalam pendidikan. Ada beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai penggunaan blog dalam pendidikan iaitu...: