- Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal
- Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara
- Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini, seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.
- Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan
- Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
- Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan.
Bagi seorang pendidik, kaedah ini boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian. Walaubagaimanapun, pendidik diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk. Penggunaan weblog dilihat boleh diintergrasikan pemilihan kaedah Six Thinking Hat kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat weblog (kolaboratif, konstruktivis) akan membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan.