Alhamdulillah… pembentangan proposal telahpun selesai. Perasaan gementar, takut dan ngeri yang menyelubungi diri pagi tadi telah berakhir. Apabila penyelaras Pasca Siswazah Fakulti Seni dan Muzik saudara Mohd. Azam bin Sulong mengumumkan.. “ Dengan ini, pembentangan proposal PhD yang bertajuk:
Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dan Pembelajaran Kolaboratif Melalui Penggunaan Weblog Di IPGM
telah diterima dan boleh meneruskan kajian. Fuh!!!!! legaaaaaaaaa.
Terimakasih kepada Penyelia Utama Dr. Mohd. Hassan bin Abdullah kerana telah memberi guideline yang betul dan tidak tersasar dari skop kajian. Begitu juga dengan Profesor Madya Zaharul dan En. Azam Dungun yang banyak membantu. Walaupun ini hanya merupakan proposal, indikatornya, hampir 60% kajian telah berjalan lancar. Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 hanya memerlukan sedikit pembetulan.
Terimakasih juga kepada Profesor Dr. Rajendran (Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminudin Baki, UPSI) dan juga Professor Dr. Sufi (Pensyarah Kanan Fakulti Seni & Muzik) yang merupakan panel dalam sesi pembentangan proposal kali ini. Banyak input yang diperolehi daripada kedua-dua pakar ini untuk penulis perbaiki dari segi method kajian. Prof. Rajendran memang merupakan pakar dalam negara mengenai Higher Order Thinking Skills dan ini bertepatan dengan kajian penulis.
Januari 2010 ( tak sampaipun sebulan lagi).. penulis akan turun ke lapangan . Hanya menunggu surat dari EPRD… Secara verbalnya telahpun membual deal dengan En. Mah Kok Heng, Ketua Jabatan Muzik di IPG, Ilmu Khas. Kajian lapangan dijangka selama 14 minggu… dan penulis akan menggunakan masa yang diperuntukkan sebaik mungkin dalam menjalankan kajian. Penulis sedar masih banyak kekangan yang akan ditempuhi dalam melaksanakan kerja lapangan ini.
Insyallah… selepas kajian lapangan selesai… Bab 4 dan Bab 5 menunggu untuk diselesai…… Ya Allah… permudahkan tugasanku ini…. Amin