06 February, 2010

Tiba-Tiba Teringat Kepada Seseorang: Hjh. Norbi bte Hj.Husin


     Setiap malam hingga ke lewat subuh merupakan rutin penulis untuk mencari bahan dari internet untuk penulisan tesis. Sepanjang pagi ini tak banyak bahan yang dapat Penulis gunakan untuk menambah sorotan literatur bagi menguatkan lagi teori dalam penulisan tesis. Tahap bosan dan jemu menghadap komputer mula timbul. Entah kenapa tiba-tiba teringat kepada seseorang yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada penulis pengertian menjadi seorang pendidik.Penulis terus ke Google dan menaip "Norbi Husin"di dialog box”. Maka tersenarailah alamat blog dan FB beliau. Hem!! betapa mudahnya sekarang ini untuk mencari sesuatu yang kita inginkan. Itulah dunia siber, dunia tanpa sempadan, global dan pelbagai term  yang telah digunakan dalam era digital ini.

    
     Hajjah Norbi bte Hj.Husin merupakan mantan Pengetua SMK.Iskandar Jasin dan mantan Ketua Sektor Akademik, JPN. Melaka. Penulis pernah bekerja sebagai guru di bawah pengurusan beliau dari tahun 2000-2004 di SMK.Iskandar Shah, Jasin dan Penolong Pengarah Unit Sains Sosial, JPN.Melaka dari 2005-2007.

    Sebelum ini Penulis bertugas sebagai guru di sekolah rendah(89-97) dan setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Penulis ditempatkan di SMK. Iskandar Shah, Jasin (SMKIS). Di Jasin, SMKIS memanglah sekolah yang agak popular, popular daripada pelbagai segi. Popular yang ingin penulis ceritakan di sini ialah pengetuanya. Apabila Penulis mendapat tahu yang penulis akan ditempatkan di sekolah SMKIS.. hati Penulis berdebar kerana pelbagai versi yang Penulis dengar mengenai Pengetua di sekolah ini. Kebanyakan versi yang disuakan kepada penulis agak kurang enak ceritanya. Ini sangat-sangat merisaukan penulis kerana Penulis merupakan spesis yang cepat marah dan suka memberontak(sejarah dulu-dulu)..takut-takut nanti tidak sehaluan.

   Di hari pertama semasa pendaftaran, Penulis terus ke bilik pengetua. Itulah kali pertama Penulis bersua muka dengan Pn.Hajjah Norbi bte Hj.Husin. First Impression Penulis, beliau nampak tegas, suaranya jelas, perbualan banyak dalam bentuk arahan dan pada masa tu berdetik di hati Penulis “Tak boleh buat main-main dengan Pengetua ni”. Dan di situlah juga diperturunkan tugasan yang dipertanggungjawab terhadap penulis. Menjadi seorang guru tingkatan, guru mata pelajaran B.M, Geografi dan PJ dan etc. Sempat juga beliau berikan tips dan nasihat pada penulis.

   Sepanjang bekerja di bawah kendalian beliau di SMKIS, banyak pengalaman pahit manis yang penulis tempuhi. Suatu ketika, pernah berlaku perselisihan faham yang hampir-hampir membuatkan Penulis berpindah ke sekolah lain. Peristiwa itu agak tegang(campur tangan JPN dan KPM) dan sebenarnya peristiwa itu jugalah sebenarnya memberi rahmat kepada Penulis untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Bermula dari situlah Penulis perhatikan cara beliau bekerja dan menguruskan guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar. Satu perkara yang sangat menarik dan mungkin ramai pengetua-pengetua/ guru-guru besar tidak sedar ialah keberkesanan  menilai takwim dan minit mesyuarat. Di SMKIS… apabila sebut sahaja mesyuarat guru.. Buku Takwim adalah wajib dibawa.. kerana setiap perancangan yg dibuat perlu dijalankan dengan lancar dan pelaporan perlu dibuat semasa mesyuarat akan datang. Apa yang menarik di sini ialah.. bagaimana Pn.Hajjah Norbi mengendalikan mesyuarat dan menilai takwim. Inilah yang Penulis rasakan tidak ramai yang berkebolehan seperti beliau. Bagi beliau, setiap perancangan yg dibuat perlu diimplimentasi seperti yg dirancang@tip-top. Dan bagi guru-guru pula.. akan sedaya upaya membuat yang terbaik.. dan mereka tahu bahawa setiap perancangan&pelaporan perlu dibentang pada setiap mesyuarat.. dan sesi soal jawab bersama pengetualah merupakan titik peristiwa yang mendebarkan. Bagi pekerja-pekerja pula, mereka memanglah dah tau kerenah dan faham akan kehendak beliau. Sehingga kini keadaan itu terbawa-bawa apabila penulis menghadiri mesyuarat.. dan penulis akan merasakan tidak puas bila pengendalian mesyuarat tidak dpt dijalankan dengan efisien.

   Tapi. alhamdulillah setiap perancangan yang dibuat kebanyakannya mencapai tahap yang sangat membanggakan. Sebab itulah SMKIS banyak memenangi anugrah berprestij seperti Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat kebangsaan, Tempat ke 2 Anugerah Kualiti peringkat kebangsaan.. Johan 3k dan pelbagai lagi.. Dari sudut kurikulum pula, SMKIS berjaya diletakkan di dalam top 10 Negeri Melaka dan akhirnya dipilih sebagai Sekolah Kawalan di Daerah Jasin. Ko-Kurikulum juga tidak terlepas pandang. Setiap pertandingan yang disertai perlu mencapai tahap piawaian yg telah ditetapkan. Sbg contoh… Pasukan Hoki Perempuan sentiasa menjadi Johan Negeri.

   Kehebatan beliau ialah beliau bersedia menjadi tidak popular dikalangan guru dan pekerja lantaran sikapnya yang sangat tegas. Ketegasan beliau membuatkan mereka yang tidak dpt mengikut pattern cara beliau bekerja merasa tidak selesa. Sebenarnya impak daripada ketegasan beliaulah yang membuat sekolah menjadi sukses. Di saat beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Sektor Akademik JPN.Melaka.. tatkala itulah warga SMKIS merasakan kehilangan beliau….. Barulah disedari bahawa teguran dan marah beliaulah menjadikan warga SMKIS belajar sesuatu yang bernilai.. dan Hjh. Norbi berjaya meletakkan warga SMKIS dilandasan betul. Dan bagi Penulis sendiri..terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau krn telah banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia pendidikan khususnya pengurusan dalam pendidikan. Antaranya bagaimana menjadi seorang pemimpin yang berkarisme, menguruskan kewangan (perbelanjaan, mendapat dana dan tajaan luar),  penglibatan sekolah dengan komuniti dan masyarakat setempat serta NGO-NGO, penyediaan program-program yang berkualiti untuk pelajar dan sekolah. Dan secara peribadinya beliau banyak memberi motivasi untuk terus berjaya dalam karier sebagai seorang pendidik. Jasamu dikenang. Terima Kasih Cikgu….