Showing posts with label UPLOAD. Show all posts
Showing posts with label UPLOAD. Show all posts

19 June, 2009

Teknologi Sosial Dalam Pendidikan



Beberapa tahun kebelakangan ini, transformasi yang sangat besar telah berlaku bagaimana penggunaan internet telah berubah cara dan kaedah penggunaan internet. The world Wide web (WWW) yang dahulunya adalah media ‘read only’, kini telah bertukar menjadi media ‘read/write’.
Pengguna Internet kini sudah boleh menjadi pencipta, pemberi ataupun menyalurkan maklumat secara teks, audio mahupun video. Ia juga boleh membentuk rangkaian dan komuniti sendiri, membuat refleksi mengenai artikel yang terbitkan berdasarkan keistimewaan Web2.0 sekarang ini. Selain dari itu, orang ramai boleh berkongsi lagu di dalam rangkaian yang mereka bentuk sendiri. Teknologi Sosial seperti komuniti atas talian (Communiti Online), Pengantara Komunikasi Video (video mediated comunication) dan Perkhidmatan Media Sosial (Social Media Services) seperti Facebook dan Youtube sebenarnya telah meletakkan kuasa kepada pengguna. Kemudahan kepada orang ramai berkongsi kepakaran dan saling mempelajari diantara satu sama lain (Attwell 2006, Downes 2005, Siemens 2006).
Secara tidak formal, fungsi di dalam komuniti online, hubungan diantara ahli-ahli komuniti kerap dan saling memberi dan menerima dan ianya berlaku dengan lebih demokratik. Kebanyakan aktiviti ini dapat menarik minat individu untuk terus melibatkan diri (DeSouza & Preece 2004, Salavuo 2006). Perubahan ini jugalah memberikan tindakbalas bagaimana cara pengguna mendengar, berlatih dan mempelajari muzik dan bagaimana pemuzik dapat berkolaborasi (Draper 2007).
Secara keseluruhannya sektor pendidikan adalah sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan kemunculan teknologi masa kini yang banyak memperkenalkan pelbagai cara dalam komunikasi. Walaupun institusi pendidikan telah banyak menggunakan Sistem LMS (Learning Management System) sebagai penambahbaikan tetapi penggunaannya masih berdasarkan kepada paradigma lama yang mana guru masih lagi berkuasa penuh (Bereiter 2002). Perkhidmatan web dan utiliti terkini dan cara penggunaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai akan memberikan hasil yang berkualiti. Oleh itu, sebagai pendidik, perlu diambil peluang ini untuk digunakan dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran secara online khususnya di dalam Pendidikan Muzik. Social technologies boleh membantu memperkembangkan aktiviti yang tidak boleh dicapai oleh kaedah tradisional yang berorientasikan peperiksaan. Insittusi pendidikan boleh mendapat manfaat kesan dari intergrasi ini

Read More...

08 January, 2009

UPLOAD BAHAN PENDIDIKAN MUZIK

Kepada Pendidik-Pendidik Muzik (Pensyarah, Guru), para pelajar (sekolah, IPG, universiti) juga kepada pencinta muzik di Malaysia. Tidak kira di mana anda berada, sekiranya mempunyai bahan-bahan yang berkaitan dengan Muzik Malaysia (Muzik Bentuk Seni Lakon, Muzik Bentuk Tarian, Ensembel, Muzik Vokal, Muzik Instrumental) yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan bangsa sudilah apa kiranya memberi sumbangan untuk digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil program Pendidikan Muzik samada Pendidikan Muzik KBSM, IPG. Anda boleh menggunakan borang di bawah ini untuk muat naik (upload). Sumbangan anda ini akan dipamirkan di http://bahanpendidikanmuzik.blogspot.com. Sumbangan anda semua amat-amat dialukan dan semoga ianya dapat dimanfaatkan kita semua sebagai pendokong Pendidikan Muzik di Malaysia. Terima Kasih


Read More...